Connect with us

Berita Lain

Projek ECRL Mungkin Dihentikan


PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan
menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana
projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer
merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55
billion itu merupakan satu pembaziran.
“Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa
14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor
berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan mengkaji semula projek ECRL sama ada perlu atau
tidak. Jika tidak (diperlukan), henti setakat yang dah buat sahaja,” katanya
pada sidang media selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri2.0:
Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda (Aksi Muda), di sini
semalam.
ECRL merupakan projek transformasi yang dicetuskan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dijangka menjadi pemangkin
pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di wilayah Pantai Timur apabila siap
pada 2024.
Sementara itu, Mahathir berkata beliau ‘tidak boleh terima’
manifesto Pakatan Harapan yang mahu mansuhkan tol sekiranya menang PRU14 akan
datang.
Mengakui ia adalah satu perbezaan pendapat dalam Pakatan
Harapan, beliau berkata: “Saya ada pengalaman berkenaan tol, saya tidak boleh
terima bahawa kita akan hapuskan tol.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau tiada tol kita tidak boleh maintain
(selenggara), kita tak boleh luaskan jalan, kalau kita nak buat jalan baharu…
syarikat swasta tidak akan buat kalau tak dapat pulangan,” katanya.
Berhubung pendidikan percuma, Mahathir berkata Pakatan Harapan
tidak bercadang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya menang PRU14.
“Biasanya, benda yang ‘free’ (percuma) dianggap tiada harga…
maka Pakatan Harapan akan menawarkan bilangan biasiswa pada semua peringkat
pendidikan,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel