Connect with us

Berita Lain

Projek Pemangkin Ekonomi Tingkat Taraf Hidup Rakyat


KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan projek pemangkin
ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat, dan bukannya seperti pembangkang
yang ingin batal projek berkenaan semata-mata kerana agenda politik, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pembangkang tidak memikirkan kesan
terhadap ekonomi negara dan kepentingan rakyat sekiranya mereka membatalkan
projek pemangkin ekonomi.
Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan Malaysia
memerlukan projek-projek rangsangan ekonomi terutamanya di kawasan yang sedang
membangun untuk melonjakkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada
rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Antara projek rangsangan ekonomi itu adalah projek Laluan
Rel Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR),
Lebuhraya Pan Borneo, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange, Transit Aliran Massa
(MRT), Pengerang dan KL118, kata beliau.
“Ini kerana kerajaan berharap agar pembangunan dapat dirasai
di seluruh negara dan oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam blog
www.najibrazak.com. hari ini.
Bagaimanapun, Najib berkata pembangkang mahu mencantas
projek-projek perangsang ekonomi tersebut sekiranya mereka memerintah negara.
Beliau berkata sekiranya projek pembangunan itu dibatalkan,
sebanyak 2.2 juta peluang pekerjaan akan hilang termasuk pekerja mahir yang
berpendapatan lebih RM3,000.
“Dengan membatalkan projek ECRL, negeri-negeri Pantai Timur
tidak menerima pembangunan seiring dengan Lembah Kelang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Faktor ini menyebabkan pendapatan rakyat di Pantai Timur
selama ini sukar ditingkatkan.
“Malah pelabur asing juga akan hilang kepercayaan kepada
negara kita kerana sewenang-wenangnya membatalkan projek pembangunan yang
menjadi kunci pembangunan ekonomi dan penambahan pekerjaan untuk rakyat
Malaysia,” kata beliau. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel