Connect with us

Berita Lain

PRU14: Bilik Hotel Percuma Untuk Anak Jati Melaka



UNIK… Rosa Malacca Hotel menawarkan 60 bilik percuma bagi anak jati Melaka yang berada di luar negeri itu, agar pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengarah Eksekutifnya, B. Sharavana Kumar berkata hotel itu menawarkan 60 bilik percuma kepada pengundi yang boleh memuatkan 130 orang dengan mendaftar masuk pada 8 Mei dan pendaftaran keluar pada 9 Mei, dan kini 50 peratus telah ditempah.
“Hanya bilik sahaja percuma, dan mereka yang layak mesti mempunyai kad pengenalan tertera alamat di Melaka dan haruslah pengundi berdaftar yang sah. Mereka juga perlu membuktikan mereka bertugas di luar Melaka,” katanya kepada Bernama.
Sharavana berkata hotel itu yang terletak di Jalan Parameswara, membuat tawaran berkenaan sejak Jumaat lepas.
“Kami rasa tentunya sukar bagi pengundi yang bekerja di luar Melaka, terutama mereka yang menetap di Singapura, Johor dan bandar-bandar lain, untuk membuat perjalanan sehari hanya untuk mengundi.
“Tambahan pula hari itu adalah cuti umum, kadar hotel lebih mahal, jadi dari situlah idea ini tercetus dan menukarnya sebagai tanggungjawab sosial korporat hotel yang akan menggalakkan orang ramai untuk pulang mengundi,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Mengenai peraturan ketat yang dikenakan, beliau berkata ia adalah bagi memastikan tawaran itu tidak disalahgunakan.
Sharavana berkata mereka yang berminat boleh hubungi Jiha melalui WhatsApp di talian +60122721026 untuk tempahan. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel