Connect with us

Berita Lain

Ramai Percaya Tohmahan Fitnah Jahat Pembangkang


BAGAN DATUK – Tohmahan dan fitnah yang berulang kali
dilemparkan pembangkang terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) telah
mengakibatkan ramai orang percaya dan terpengaruh dengan berita-berita tidak
benar bagi memburukkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata kaedah memutar belit berita tidak benar oleh pembangkang yang
diulang-ulang, dikitar semula sesuatu berita palsu itu dengan mengguna pakai
teori Menteri Propaganda Nazi Hitler pada era Perang Dunia Kedua akhirnya boleh
meresap dalam fikiran rakyat.
“Apabila sesuatu yang batil ini diulang-ulang dan terus
diulang tayang, ianya mengikut teori Menteri Propaganda Hitler bernama (Joseph)
Goebbels mengatakan jika sesuatu fitnah, tohmah ataupun sesuatu yang bidaah,
jika diulang-ulang maka akhirnya termasuk dalam minda khalayak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi inilah yang sedang mereka lakukan kitar semula isu-isu
dan juga melontarkan tohmahan yang berbagai-bagai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah
tanah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datuk di sini hari ini. Turut hadir
Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf.
Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk
berkata sebaliknya pendekatan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak memastikan setiap janji dalam manifesto Barisan Nasional
(BN) yang terdahulu ditepati.
Katanya kerajaan telah meneliti dan mengambil kira semua
pendekatan termasuk kejayaan dalam pelaksanaan terdahulu bagi membuat manifesto
BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jelasnya ini dibuktikan apabila Jawatankuasa Kabinet
Meneliti Aku Janji PRU13 yang dipengerusikannya mendapati, pencapaian kerajaan
menepati janji adalah sebanyak 99.4 peratus sekali gus menyerlahkan komitmen
kerajaaan dalam merealisasikan apa yang telah dijanji.
Ahmad Zahid juga berkata janji pakatan pembangkang untuk
menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Projek Landasan Kereta Api
Pantai Timur (ECRL) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
adalah sesuatu yang tidak realistik, janji yang tidak berpijak dibumi nyata
serta tiada kemunasabahannya.
“… Penghapusan GST, penghapusan ECRL, penghapusan pembayaran
PTPTN dan sebagainya tidak realistik (dan) apabila semua pembayaran ini
dihapuskan (maka) tidak ada pendapatan untuk negara, ia suatu perbelanjaan yang
tidak seimbang daripada aspek kewangan negara,“ katanya.
Dalam pada itu, mengenai pembinaan MRSM Bagan Datuk, Ahmad
Zahid berkata beliau akan sering memantau serta turun padang melihat
perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya tindakan sering memantau projek yang dilakukannya
itu pastinya akan dipandang buruk segelintir pihak seperti kontraktor dan
perunding pembinaan yang beranggapan itu merupakan sikap buruknya.
“Ramai kontraktor dan konsultan bila saya terlibat secara
aktif melihat (projek) pembangunan setiap waktu, mereka tidak suka tetapi saya
mahu tahu sejauh mana perkembangan, adakah senarai semakan diikuti, garis masa
dipenuhi.
Saya juga mahu tahu adakah kontraktor yang dilantik itu
berwibawa, saya mahu tahu kualiti bahan berkenaan serta yang penting saya mahu
tahu adakah ada pemotongan harga yang tidak boleh dikompromi langsung,”
katanya.
Jelasnya tindakan yang dilakukannya bertujuan untuk
memastikan agar tiada rakyat menjadi mangsa dengan keuntungan lebih dikaut
pihak kontraktor.
“Kalau itu dimanifestasi sebagai perangai buruk, saya
lakukan bukan untuk diri saya tetapi saya mahu jaga rakyat saya kerana tidak
mahu rakyat dimangsakan.
Fahamilah keadaan ini mudah-mudahan sama-sama kita majukan
bukan hanya di Bagan Datuk malah seluruh Perak dan negara,” katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel