Connect with us

Berita Lain

Rendang Rangup MasterChef: Ini Reaksi Najib, Mahathir

Foto: The Straits Times

PETALING JAYA – Episod MasterChef UK mencetuskan sesuatu
yang mustahil, apabila menyatukan dua pemimpin politik berlainan parti dalam
mempertahankan peserta warga Malaysia yang tersingkir dari suku akhir program
realiti televisyen itu pada Isnin.
Juri-juri mengkritik nasi lemak yang disajikan Zaleha Kadir
Olpin apabila salah seorangnya, Gregg Wallace, mengatakan bahawa rendang ayam
yang mengiringi hidangan utama itu kurang rangup, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan
rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell,
turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.
Rendang ayam merupakan hidangan kari kering di mana ayam itu
dimasak dalam santan dan rempah sehingga empuk.
Memetik laporan Mstar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan yang
sama mengenai rendang ayam.
“Mana ada orang makan rendang ayam rangup?,” kata
Najib di Twitter dan Instagram pada Selasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir turut
menyindir menerusi responnya kepada salah seorang chef berkenaan di Twitter,
“Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC,” katanya yang
merujuk kepada rangkaian restoran makanan segera berkonsepkan ayam goreng itu.


Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada akhir April
atau awal Mei, di mana Najib menerajui Barisan Nasional, manakala pihak
pembangkang, Pakatan Harapan diketuai oleh Dr Mahathir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel