Connect with us

Berita Lain

Rosmah Minta Anak Muda Galas Tanggungjawab Bawa Malaysia Ke Tahap Lebih Tinggi


PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
meminta golongan muda supaya bersedia untuk menerima dan menggalas
tanggungjawab yang lebih besar demi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang
lebih maju dan makmur pada masa hadapan.
Beliau berkata anak muda perlu sedar bahawa mereka adalah
bakal pemimpin yang akan meneruskan usaha membangun negara dengan lebih
cemerlang.
Ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan
Mahasiswa Nasional (Pemanas) dan Aktivis Belia Malaysia (Malaya), Rosmah
berkata beliau amat berharap anak-anak muda hari ini akan berjaya dalam bidang
yang diceburi mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadilah pemimpin dalam pelbagai lapangan dan mampu
mengemudi negara ke tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya kepada kira-kira 300
mahasiswa itu di Seri Perdana hari ini.
Rosmah berkata umum mengetahui bahawa gabungan parti
pemerintah Barisan Nasional (BN) sememangnya komited dalam memastikan
kesejahteraan dalam kalangan anak-anak muda.
“BN akan memastikan kehendak dan aspirasi golongan muda terutamanya
dalam aspek kerjaya, pemilikan kediaman dan latihan kemahiran terus dipenuhi
bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan
negara,” katanya.
Beliau berkata keprihatinan BN terhadap keperluan golongan
muda bukan tindakan bermusim malah dilaksanakan sejak dahulu lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Rosmah meminta golongan muda supaya terus
menyampaikan idea, input kreatif dan kritis terhadap UMNO yang menunjangi BN
agar parti itu terus kekal relevan dan menjadi sandaran rakyat.
“Segala cadangan dan idea saudara-saudari sekalian amat
penting di dalam memastikan kerajaan BN mampu mentadbir dengan lebih baik pada
hari ini dan masa depan,” kata beliau.
—BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel