Connect with us

Berita Lain

Saingan sengit dijangka hingga hujung musim



PEMAIN JDT, Gonzalo Cabrera (tengah) diasak pemain PKNS FC, Romel Ramirez pada aksi Liga Super, baru-baru ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin


Kuala Lumpur: Aksi tidak konsisten semua pasukan termasuk juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA musim lalu, Kedah seakan memberi bayangan saingan sengit Liga Malaysia akan berpanjangan hingga ke hujung musim.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tidak cukup dengan pelbagai kejutan dalam saingan Piala FA, persaingan dalam kelompok lima teratas Liga Super juga tampak rancak walaupun JDT kini mendahului dengan empat mata.


Turut menarik perhatian, persaingan pasukan di tangga kedua dan ketiga, Pahang dan Terengganu yang berkongsi 11 mata, selain hanya dibezakan satu mata berbanding Perak dan PKNS FC yang menghuni kedudukan keempat dan kelima.


Biarpun JDT berada di persada liga, ia masih belum menjamin kedudukan mereka mempertahankan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut berikutan prestasi tidak menentu skuad kendalian Raul Longhi itu.


Malah, Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mengakui skuad Harimau Selatan itu berada pada prestasi buruk mereka selepas apa yang dilalui pada musim 2013.


“Berdasarkan statistik terkini, tahun ini dan 2013 adalah tahun yang paling teruk. Saya tidak kisah, walaupun JDT tewas 10-0 atau 20-0 sekalipun, saya akan sentiasa bersama JDT,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, kelmarin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Selain itu, bekas pengendali pasukan kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan mengakui saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini lebih menarik berbanding musim lalu, selain menjangkakan saingan sengit akan disajikan sehingga hujung musim.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku kejutan pada pusingan separuh akhir Piala FA nanti yang akan menemukan Pahang dan PKNP FC serta pertemuan adik abang, PKNS menentang Selangor.


“Musim ini memang menarik, walaupun perjalanan liga masih belum sampai separuh, kita sudah dapat melihat kebangkitan luar biasa pasukan yang sebelum ini dianggap kerdil seperti PKNP dan PKNS.


“Bagi PKNS, mungkin ini habuan buat mereka selepas melakukan perbelanjaan besar sementara PKNP pula mendapat hasil yang baik atas kepercayaan yang diberikan kepada pemain muda.


“Bagi saya, peluang buat dua pasukan kelab itu untuk melepasi pusingan separuh akhir memang ada berdasarkan persembahan cemerlang mereka di suku akhir dan tidak mustahil akan ada lagi kejutan lagi selepas ini,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel