Connect with us

Berita Lain

Satu Kepala RM3,000, TMJ Buat Kejutan Belanja Orang Ramai RM1 juta


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini
membuat kejutan besar di pasaraya Aeon Tebrau di Johor apabila membelanja
kesemua pengunjung yang datang ke pasaraya berkenaan.
Tunku Ismail dilapor membelanja setiap orang sehingga
RM3,000 untuk membeli barangan mereka dengan jumlah kira-kira RM1 juta, menurut
The Star Online.
Menerusi sebuah video, pengunjung di pasaraya berkenaan
dilihat berkerumun di sekeliling beliau yang ditemani isterinya, Che Puan
Khaleeda Bustamam dan menyanyikan lagu “TMJ”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Tunku Ismail kemudian dilihat membawa pembesar suara dan
memberi pesanan kepada orang ramai yang kelihatan teruja.
“Apa saja yang kamu mahu di pasaraya hari ini saya
bayar,” katanya.


Pengunjung kelihatan terkejut dan gembira dengan pengumuman
tersebut.
Video dan gambar yang menjadi tular di laman sosial
menunjukkan mereka beratur panjang di pasar raya berkenaan.
Tunku Ismail tiba sekitar jam 6.30 petang dan beliau
membelanja pengunjung di pasaraya itu sehingga kira-kira jam 8 malam.
“Saya bukan ahli politik’
Sementara itu halaman Facebook Johor Southern Tigers turut
berkongsi pemandangan di pasar raya itu.
Laman itu juga berkongsikan kenyataan Tunku Ismail yang
berbunyi: “Saya bukan ahli politik. Saya tidak memerlukan undi tetapi saya
ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor”.


Tunku Ismail kembali menjadi perhatian mutakhir ini selepas
beliau berkata tidak perlu menukar enjin sebuah kapal hanya kerana seorang
nakhodanya bermasalah, yang secara jelas merujuk kepada senario politik semasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap pengerusi Pakatan
Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun tidak menyebutkan nama
bekas perdana menteri itu.
Bagaimanapun, segelintir netizen menyatakan rasa kurang
setuju mereka terhadap pandangan putera mahkota Johor itu.
Dalam satu kenyataan berasingan kemudian, Tunku Ismail
menafikan beliau berpihak kepada mana-mana parti politik.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel