Connect with us

Berita Lain

Saya Tak Pernah Kata Orang Sabah Dan Sarawak Malas – Tun Mahathir


KUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir
Mohamad menafikan dakwaan mengatakan beliau menyifatkan rakyat Sabah dan
Sarawak sebagai malas.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, isu
berkenaan hanya dimanipulasikan sesetengah pihak.
“Rakyat di Sabah dan Sarawak sudah sama seperti rakyat
di Semenanjung, tiada perbezaan. Saya tidak pernah kata orang Sabah dan Sarawak
ini malas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya bukan bodoh semacam itu kerana Pakatan Harapan
ingin mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak. Memanggil orang Sabah dan
Sarawak malas bukanlah satu cara untuk menarik sokongan.
“Ini dakwaan yang dibuat (media arus perdana) bahawa
orang Sabah Sarawak ini malas, tidak Pakatan Harapan,” katanya melalui
rakaman “Policy Talk” yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari
ini.

Pakatan Harapan katanya yakin lebih ramai penduduk Sabah dan
Sarawak yang berminat dalam industri gas dan petroleum berbanding orang
Semenanjung.
“Di Semenanjung kadang-kadang kita terpaksa menggunakan
pekerja asing untuk menjalankan kerja-kerja berat dan sebagainya. Namun, di
Sabah dan Sarawak mereka menggunakan jentera berat sendiri dan mereka cekap
sehingga dihantar ke luar negara,” tambahnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Justeru beliau yakin, pendapatan penduduk di Sabah dan
Sarawak akan meningkat jika mereka terus diberi peluang dan ruang dalam sektor
pekerjaan.



Astro Awani

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel