Connect with us

Berita Lain

Sekolah Boleh Cuti Berganti Sehari Sebelum Mengundi


KUALA NERANG – Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi
pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini dibenarkan mengambil cuti berganti
sehari sebelum hari pengundian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir
Khalid.

Beliau berkata perkara itu dibenarkan mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang
membolehkan pengetua atau guru besar memohon cuti berganti melalui pengarah
pendidikan negeri masing-masing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan
sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari
sebelum hari pengundian, bukannya selepas hari pengundian,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ‘Sokongan
Komuniti Untuk Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang di sini
hari ini.
Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah
mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.
Sehubungan itu, Mahdzir meminta pengetua dan guru besar agar
membuat permohonan secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti berganti
tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan
sebagai pusat pengundian pada 9 Mei. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel