Connect with us

Berita Lain

Sekumpulan lelaki ditahan sembelih beruang matahari



PEKANBARU: Sekumpulan lelaki Indonesia ditahan selepas rakaman video menunjukkan mereka sedang melapah dan memasak beruang matahari yang sudah disembelih tersebar, kata polis hari ini.


Menurut pihak berkuasa, semua lelaki terbabit yang berasal dari pulau Sumatera didakwa di bawah Undang-Undang Alam Sekitar dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga 100 juta rupiah (RM27,710) dan penjara lima tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua polis tempatan, Christian Rony berkata, empat ekor beruang itu terperangkap dalam jerat yang dipasang suspek. Mereka kemudian bertindak memukul dan menembak mati haiwan terbabit.


Semua lelaki yang berumur antara 33 hingga 51 tahun itu kemudian melapah dan memasak daging beruang itu.


“Mereka juga mengedarkan daging beruang kepada penduduk kampung lain,” kata Rony sambil menambah polis turut merampas peluru dan senapang angin dari suspek.


Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam menyenaraikan beruang matahari sebagai haiwan terancam. Ia adalah spesies beruang terkecil dan hidup di hutan tropika dan paya tropika di Asia Tenggara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagaimanapun, haiwan ini semakin pupus di Indonesia disebabkan aktiviti pembalakan hingga memusnahkan habitat mereka. – AFP

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel