Connect with us

Berita Lain

Selangor ‘berpeluh’ sebelum mara

PEMAIN Selangor meraikan kemenangan mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Cheras, sebentar tadi. – Foto HAFIZ SOHAIMI


KUALA LUMPUR: Selangor terpaksa mengharungi detik cemas sebelum mara ke separuh akhir Piala FA menerusi penentuan penalti 8-7 ke atas Kuala Lumpur selepas kedudukan agregat terikat 3-3 dalam aksi suku akhir kedua sebentar tadi.

Loading…

Skuad kendalian Muhammad Nazliazmi Nasir itu memilih jalan sukar apabila membenarkan Kuala Lumpur bangkit mencatat kemenangan 3-0 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras sekali gus menyamakan agregat 3-3 selepas 120 minit permainan berlangsung.


Penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak memulakan kebangkitan Kuala Lumpur dengan menolak masuk gol pertama pada minit ke-15 hasil umpanan Ashri ChuChu.


Skuad The City Boys yang ketiadaan jurulatih, Fabio Maciel kerana tidak dibenarkan berada di tepi padang, menambah jaringan menerusi tandukan Paulo Josue selepas menerima bola lambungan Indra Putra Mahayuddin di penghujung babak pertama.


Kedudukan bertambah menarik pada separuh masa kedua apabila Kuala Lumpur menghasilkan gol ketiga untuk mengikat agregat 3-3 hasil percubaan Syazwan Andik di minit ke-54.


Situasi itu membuatkan Selangor yang juga juara lima kali Piala FA tersedar dari lena apabila mula mengatur serangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dua percubaan menerusi tandukan Rufino Segovia dan pemain gantian Sean Eugene Selvaraj berjaya dinafikan ketangkasan penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil.


Permainan kemudian bersambung 30 minit masa tambahan namun kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol kemenangan memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.


Amirul Ashraf menyempurnakan sepakan penalti ke-8 skuad Red Giants manakala Kuala Lumpur terpaksa menanggung kecewa apabila sepakan terakhir Firdaus Faudzi diselamatkan Khairulazhan.


Dengan kemenangan itu, Selangor mara ke separuh akhir bertemu PKNS FC.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel