Connect with us

Berita Lain

Seremban Diserang Ulat Bulu, 62 Mangsa Dirawat



SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sudah berjaya mengenal pasti tiga lokasi yang terlibat dalam kes serangan ulat bulu di kawasan sekitar Seremban sejak beberapa hari lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata kawasan terlibat adalah Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Seremban, Kampung Pantai, Seremban; Sekolah Kebangsaan Pantai, Batu 8, Jalan Jelebu, Seremban dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Perkasa, Batu 8, Jalan Seremban-Mantin, Seremban.


“Setakat ini seramai 62 orang telah diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Mantin kerana mengalami kegatalan pada kulit mereka. Namun, tiada pesakit dimasukkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau mengulas surat dari Klinik Kesihatan Mantin mengenai kejadian itu yang ditularkan di media sosial yang mana surat itu dikeluarkan untuk kegunaan pihak PLKN Mantin saja.


Dr Zainudin berkata kejadian itu boleh berlaku semasa musim pembiakan rama-rama di pokok berdaun tertentu menyebabkan ulat bulu ini jatuh ke tanah atau diterbangkan angin ke premis kediaman manusia yang berdekatan.


Pihak Pejabat Kesihatan Seremban turut menjalankan penilaian keadaan dan disusuli dengan tindakan kawalan iaitu melakukan semburan racun hari ini pada kawasan terlibat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya nasihatkan jika sesiapa yang terkena ulat bulu ini dan alahan berlaku seperti kegatalan, mereka boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terdekat.


“Mereka yang mempunyai sejarah alahan mungkin mempunyai reaksi yang serius seperti alahan seluruh badan dan sukar bernafas perlu segera dapatkan rawatan,” katanya.




– BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel