Connect with us

Berita Lain

Shafie Keluar UMNO Kerana Berhasrat Jadi TPM


KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari
ini berkata Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar
UMNO kerana beliau berhasrat menjadi timbalan perdana menteri.

“Bukan saya mahu mengacum tetapi saya perlu cakap sesuatu.
Hentikan main isu ini. Mari berterus terang. Sebab itu kenapa beliau memilih
untuk keluar parti,” katanya merujuk kepada penafian Shafie bahawa beliau telah
‘menikam dari belakang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
memegang jawatan dalam kerajaan.

Musa berkata selepas tidak berjaya mendapatkan jawatan
sebagai bakal Ketua Menteri Sabah, Shafie meninggalkan UMNO dan dengan menjalin
kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyasarkan jawatan timbalan
perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata Muhyiddin telah dipecat pada Jun 2016,
bersama-sama dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selepas selama setahun
terbabit dalam perebutan kuasa dengan kepimpinan UMNO yang berakhir dengan
kegagalan.
Shafie, terlebih dahulu telah membuat perjanjian dengan
Muhyiddin dan Mukhriz sebelum beliau keluar parti pada bulan berikutnya,
katanya.
“Mendakwa bahawa beliau (Shafie) lebih mementingkan ‘masa
depan negara’ berbanding persahabatannya dengan Najib adalah satu jenaka,”
katanya.
Musa berkata Najib telah berbuat banyak untuk Shafie,
membantunya menjadi naib presiden UMNO serta memberikannya portfolio penting di
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan harapan beliau akan
membantu Sabah.
“Saya setuju bahawa tanpa sokongan Najib, Shafie tidak akan
mendapat peluang luar biasa yang diberikan kepadanya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya Shafie sepatutnya mengamalkan sedikit kematangan
dalam berpolitik, daripada mengatakan bahawa beliau (Musa) tidak selesa dengan
kedudukannya (Shafie) sebagai naib presiden UMNO.
“Jika saya rasa tidak selesa, saya sendiri akan bertanding
untuk jawatan itu. Bukan sahaja saya tidak bertanding bagi jawatan naib
presiden, saya juga tidak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi. Saya tidak
berbuat demikian kerana komitmen saya sebagai ketua menteri,” katanya. –
BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel