Connect with us

Berita Lain

Siapa Tahu Tun M Sebak Kelmarin?


SELEPAS dua jam setengah mesyuarat. Tun Dr Mahathir Mohamad
menemui wakil media di lobi ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya yang sesak
malam kelmarin seperti biasa; memberi kenyataan dalam nada tegas, diselit
dengan kata-kata pedas, sinis dan humor.
Ketibaan Pengerusi parti baharu itu disambut penuh semangat
penyokong-penyokong yang memenuhi sekitar kawasan itu seawal selepas Maghrib
lagi.
Enam wanita berpakaian seragam merah Bersatu, kelihatan
berpeluh sambil memegang kain rentang yang memuatkan kata-kata perangsang untuk
terus berjuang menentang BN/Umno dan mengecam pemimpin parti pemerintah itu.
Tiga empat orang menggunakan bunga kertas yang menjadi
lambang parti tersebut, mengipas diri sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami tidak fikir tentang jawatan. Kami lakukan ini untuk
sokong parti dan pemimpin kami,” kata seorang daripada mereka.
Dalam keadaan Bersatu berhadapan dengan cabaran dari segi
pendaftaran dan perjuangan, katanya, pemimpin perlukan sokongan moral. 
Ahli dan penyokong parti terus bertepuk tangan setiap kali
Dr Mahathir membuat kenyataan tegas dan berani pada sidang media itu.
Bagaimanapun, ada suatu rahsia yang hanya mereka yang
menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) malam kelmarin tahu,
walaupun tidak semestinya memahaminya.
Ketika bercakap di mesyuarat itu, Dr Mahathir tiba-tiba
terhenti kerana sebak.
“Saya ingat Tun marah (dengan tindakan pembatalan sementara
pendaftaran Bersatu) dan kecewa (dengan sikap pihak yang cuba main kotor untuk
membunuh perjuangan Bersatu),” kata sumber dalam parti.
RoS mengumumkan pembubaran parti itu berdasarkan Seksyen 14
(5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal menyerahkan lima dokumen
berkaitan pendaftarannya kepada jabatan berkenaan.
Di luar bilik mesyuarat, beberapa pemimpin dan anggota
parti, termasuk intelek muda, menyuarakan ketidakpuasan hati dengan tindakan
pembatalan sementara Bersatu dan yakin parti itu akan berjaya memberi saingan
sengit kepada BN/Umno.
Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan yang baharu menyertai Bersatu
menganggap ia sebagai salah guna kuasa pihak terdesak.
“Tindakan ini menjadi satu lagi bukti jelas kenapa Umno
perlu dihumban jika kita mahu mengembalikan integriti dalam institusi-institusi
penting negara,” kata Wan Saiful yang melepaskan jawatan Ketua Pegawai
Eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pada 1
Mac lalu.
Ahli MTP Datuk Kadir Jasin mempersoalkan pihak yang mahu
menggagalkan pendaftaran Bersatu dan membantutkan perjuangan parti itu.
Mereka yang rasa matlamat mereka sudah tercapai, katanya,
silap besar.
Pensyarah di Jabatan Sains Politik Kuliyah Ilmu Wahyu dan
Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dr Maszlee Malik,
selaku ahli baharu Bersatu, menganggap usaha untuk mengekang tsunami
rakyat/Melayu yang dibawa parti berkenaan menunjukkan betapa gentarnya musuh
berlawan secara adil dan gentleman dalam PRU14.
Malah DAP memutuskan, buat pertama kali dalam sejarah, ia
tidak akan menggunakan logo roket dalam PRU14.
“Ini bukan keputusan mudah tapi kami sepakat untuk
menggunakan logo yang sama,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.
Sumber dalam Bersatu percaya keputusan DAP ini mengejutkan
pihak lawan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka sangka jika Bersatu tidak dapat didaftarkan,
gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan – PKR, DAP, Amanah dan Bersatu –
akan bertelagah dan berpecah, tetapi jangkaan mereka meleset.
Dr Mahathir, pada sidang media kelmarin, menyentuh mengenai
apa yang disifatkan sebagai kekeliruan dan percanggahan berhubung tindakan RoS
yang mengumumkan pembubaran sementara Bersatu dan memberi tempoh 30 hari untuk
tempoh rayuan kepada parti berkenaan.
Setelah meneliti kandungan dan surat daripada RoS, pihaknya
membuat kesimpulan bahawa parti itu masih sah dan boleh berfungsi seperti biasa
selagi belum disahkan batal.
Bagaimanapun, ada pihak luar yang menganggap tindakan
pembubaran sementara Bersatu itu berpunca daripada kelemahan dan kesilapan
pimpinan parti itu sendiri.
Walaupun diterajui pemimpin berpengalaman, ia didakwa tidak
mampu menguruskan perkara-perkara asas.
Ada yang mempersoalkan kewajaran pengasas Bersatu memasukkan
klausa yang mereka sendiri didakwa tidak mampu penuhi, seperti dalam kes
penubuhan cawangan.
Apakah dan bila Bersatu dapat kembali kebenaran untuk
didaftarkan sebelum PRU14 kini terus menjadi tanda tanya!



Sinar Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel