Connect with us

Berita Lain

Syed Saddiq Sah Cabar Razali Di Muar


MUAR: Pemimpin muda pembangkang, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman, sah akan mencabar penyandang kerusi Parlimen Muar selama tiga penggal,
Datuk Seri Razali Ibrahim, pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan nama pemuda berusia 25 tahun itu sebagai calon PH di Parlimen Muar
pada ceramah Harapan Malaysia di Parit Jawa di sini Sabtu malam.
Syed Saddiq merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir sebelum parti itu dibubarkan sementara
oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk tempoh 30 hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir turut mengumumkan Timbalan Presiden Amanah,
Salahuddin Ayub sebagai calon PH untuk kerusi Parlimen Simpang Renggam yang
disandang oleh Liang Teck Meng dari Gerakan.
Ketua Amanah Ledang, Dr Faizul Amri Adnan calon kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Serom dan Ketua Wanita Amanah Johor, Norhayati Bachok
calon DUN Maharani.
Bagaimanapun, pada ceramah tersebut, tiada pengumuman
mengenai calon untuk Parlimen Pagoh yang disandang Timbalan Presiden PH,Tan Sri
Muhyiddin Yassin, yang turut hadir pada ceramah tersebut.
Pada PRU13, Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, menang kerusi Parlimen Muar dengan majoriti 1,646 undi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel