Connect with us

Berita Lain

Tak Gentar Lawan Tun M – Nawawi

Foto: FMT



ALOR SETAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan
Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata beliau tidak gentar
  berhadapan dengan bekas perdana menteri
selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir
  Mohamad
dalam mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu berkata beliau yakin rakyat
Langkawi akan membuat pilihan bijak dengan memilih anak watan yang benar-benar
bekerja demi menyelesaikan masalah mereka dan tidak terpengaruh dengan sentimen
nostalgia semata-mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam kes wakil rakyat kita perlu pilih orang yang boleh
kerja siang malam bukan nak pilih seorang wakil rakyat yang hanya datang untuk
bertanding dan kemudian dia berada di Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas
Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini oleh
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Nawawi dipilih mempertahankan kerusi Parlimen itu
bersama-sama Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dan Nor Saidi  Nanyan yang juga akan mempertahankan kerusi
masing-masing iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan DUN Kuah.
​​​​​​​Sehubungan itu, 
beliau berharap pengundi Langkawi memberi undi pada calon yang boleh
membawa lebih banyak pembangunan untuk penduduk Langkawi dan masa depan negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya tentang kemungkinan penduduk Langkawi akan
terpengaruh dengan isu kontroversi yang dibawakan Dr Mahathir,  Nawawi berkata kebanyakan isu tersebut sudah
basi dan hanya diceritakan berulang kali.
Dalam pada itu, katanya walaupun beliau yakin dengan
kekuatan BN di pulau peranginan itu namun tidak memandang  remeh pihak lawan.
Pada 15 April lepas, Pengerusi PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon pakatan pembangkang di kawasan
Parlimen Langkawi yang mempunyai 42,697 pengundi berdaftar.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel