Connect with us

Berita Lain

Tak tahan merempat, anak Jackie Chan muncul rayu bantuan



ANAK perempuan Jackie Chan dan teman wanitanya telah membuat pengakuan terbuka dalam usaha mendapatkan bantuan dan perlindungan.


Video pendek yang muncul dalam talian pada Selasa, tetapi hanya disiarkan oleh media tempatan pada Ahad menunjukkan Etta Ng, 18, bersama teman wanitanya Andi Autumn, 30, mendedahkan bahawa mereka hidup merempat selepas kehilangan tempat tinggal selama sebulan akibat ibu bapa yang bersikap homofobia (takut atau sangat bencikan homoseksual).


Rayuan bantuan itu dibuat selepas akaman CCTV Ng dan Autumn di kedai serbaneka muncul, yang mana Ng memberitahu juruwang bahawa ‘saya mahu cari bapa saya’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Media tempatan melaporkan bahawa pasangan itu telah dikesan di Kanada, dengan Ng telah berhenti kerja, hilang tanpa khabar berita selama berbulan-bulan dan ibunya telah memfailkan laporan orang hilang pada Februari.


Dalam kapsyen video yang dimuat naik, Ng menerangkan bahawa rakan Autumn yang sebelum ini telah menawarkan tempat perlindungan sementara kepada mereka tidak boleh lagi berbuat demikian, memaksa mereka berdua ‘menggunakan internet untuk mendapatkan bantuan kerana ia mempunyai ramai penonton’.


Ng menambah mereka juga mengalami gangguan tekanan pasca trauma, sangat terancam dengan semua yang berlaku dan tiada siapa termasuk keluarga, rakan atau perkhidmatan kerajaan dapat membantu mereka.”




Membaca dari sehelai kertas, Autumn menerangkan bahawa pasangan itu tidak sanggup ke tempat perlindungan gelandangan kerana mereka akan berpisah, sambil menambah ‘tidak seorang pun di Facebook mahu dengar masalah saya dan sekarang tiada siapa yang menjawab panggilan telefon saya’.


“Kami banyak tidur di bawah jambatan dan tempat lain.


“Saya tak faham apa yang sedang berlaku kerana kami dah jumpa polis, pergi hospital, pusat makanan, tempat perlindungan komuniti LGBTQ dan mereka semua tak berikan layanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kami hanya mahu biar orang tahu apa yang sedang berlaku, kerana tak masuk akal pada ketika ini tidak ada yang dapat bantu, saya tak faham.”


Pasangan itu tidak menyatakan dalam video itu di mana mereka berada.


Hubungan antara Ng dan ibunya Elaine Ng telah lama tegang, dan kemuncaknya apabila Ng tidak ke sekolah dan berpindah ke North Point dengan Autumn tidak lama selepas menjadi pasangan lesbian.


Media tempatan menggambarkan Autumn sebagai model dan individu berpengaruh media sosial, tetapi dalam posting Facebooknya baru-baru ini, dia memberitahu telah bekerja sebagai guru selama lapan tahun.


Menjawab soalan dari on.cc, Elaine berkata, tindakan anak perempuannya ‘memetik’ nama bapanya untuk meminta bantuan adalah tidak patut kerana lelaki itu tidak bersamanya untuk hampir sepanjang hidupnya.


Apabila ditanya mengenai anak perempuannya yang dikatakan mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD)  dia menjawab: “Etta mempunyai masalah emosi. Dia berjumpa doktor tahun lepas, tetapi dia tidak menjalani terapi sejak meninggalkan Hong Kong.”


Dia yang turut menuduh Autumn sebagai pengaruh buruk terhadap anak perempuannya berkata: “Dia sudah berusia 30 tahun dan berpengalaman bekerja sebagai seorang guru.


“Bagaimana dia boleh suruh seorang gadis berusia 18 tahun buat rakaman seperti itu? Ia salah. Saya rasa jika mereka tak ada duit, mereka perlu cari kerja. Mereka tak sepatutnya buat klip video beritahu orang lain tentang masalah mereka dan siapa bapa Etta. Semua orang di seluruh dunia bekerja keras dan tidak bergantung kepada kemasyhuran orang lain untuk mendapatkan wang.”


Dia kemudian berkata pasangan itu tidak sepatutnya menyalahkan ibu bapa mereka, sambil menambah: “Ramai orang di Hong Kong bergaji rendah, tetapi mereka masih bekerja. Jika mereka tak kerja, mereka pun akan rakam video untuk mengadu tentang ibu bapa mereka? Kalau macam tu berapa banyak video macam ni yang akan kita lihat dalam sehari?”


Apabila ditanya sama ada dia berhubung dengan anak perempuannya, dia menjawab: “Saya tak mahu bercakap mengenainya.”


-Mstaronline

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel