Connect with us

Berita Lain

Tariq Ismail Tak Terpilih Untuk Sri Gading



PETALING JAYA: Tariq Ismail Mustafa, cucu kepada pemimpin
Umno ternama, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, digugurkan sebagai calon untuk Sri
Gading, walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan beliau pilihan PPBM untuk
bertanding di kerusi Parlimen itu.

Ketua PPBM Sri Gading itu mengesahkan penggugurannya kepada
FMT hari ini, mengatakan dia diberitahu sekarang bukan “masanya” untuk beliau
bertanding.
Beliau menerima keputusan itu, mengatakan ianya sukar untuk
bertanding di tengah-tengah pertarungan antara Umno dan bekas orang kuatnya,
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat masa ini, saya mahu meluangkan masa dengan keluarga
dan menjaga anak-anak,” katanya.

Sri Gading salah satu 15 kawasan Parlimen yang Pakatan
Harapan mahu tawan daripada Barisan Nasional (BN).
Pada PRU lepas, wakil rakyat BN sekarang, Datuk Ab Aziz
Kaprawi mengalahkan wakil PKR Mohd Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti 5,761
undian, hampir separuh daripada majoriti yang dimenangi BN pada 2008.
Tariq, 38, masih menyokong Dr Mahathir walaupun tidak
terpilih sebagai calon, mengatakan banyak yang beliau perlu belajar daripada
bekas perdana menteri itu.
“Paling penting sekarang adalah Dr Mahathir menang. Beliau
mempunyai strategi dan tahu apa yang sedang beliau lakukan dan saya
percayakannya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, beliau kini boleh menyumbang lebih banyak untuk
kempen pembangkang.
“Saya pun boleh berkempen dengan Dr Mahathir di seluruh
negara. Dengan ini saya boleh belajar daripada yang terbaik, daripada kalah di
kerusi saya. Siapa lagi orang terbaik selain Dr Mahathir?”

FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel