Connect with us

Berita Lain

Terbit Berita Tak Benar, Individu Pertama Dituduh


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki rakyat Denmark dipenjara
seminggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana
menerbitkan berita tidak benar di rangkaian perkongsian video terbesar dunia,
YouTube, berhubung pembunuhan Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dari Palestin
yang ditembak mati berhampiran kediamannya di Setapak dua minggu lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu ke atas Salah
Salem Saleh Sulaiman, 46, selepas tertuduh, yang memakai cermin mata, berjubah
putih, dan berkopiah hijau, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, yang
dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Lelaki itu, yang berasal dari Yaman dan bekerja sebagai
pembersih kuda di Denmark, menjadi individu pertama didakwa dan dijatuhi
hukuman mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas akta itu diwartakan
dan berkuat kuasa mulai 11 April lepas.
Salah Salem, yang datang ke negara ini pada 11 April lepas
untuk melancong, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari
tarikh dia ditangkap pada 23 April lepas dan akan dipenjara sebulan jika gagal
membayar denda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah turut mengarahkan Salah Salem memadam video rakaman
itu dari akaun YouTube.
Salah Salem dituduh dengan niat jahat menerbitkan berita
tidak benar melalui rakaman video di akaun YouTube atas nama ‘Salah Sulaiman’
bertajuk “Pembunuhan Sheikh Al Ghazawi Fadi Al Batsy di Kuala Lumpur, cukuplah
Allah bagi kami sebaik-baik wakil” di sekitar Kondominium Puteri Idaman, Jalan
Meranti, Setapak di sini antara 6.50 pagi dan 9 pagi pada 21 April lepas.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) Akta
Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM500,000
atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, selepas pertuduhan dibacakan dan barang-barang
kes termasuk telefon bimbit dan kayu swafoto dikemukakan di mahkamah, sebuah
video turut ditayangkan melalui televisyen yang memaparkan seorang lelaki
bercakap dalam bahasa Arab di lokasi pembunuhan Dr Fadi dengan mendakwa Polis
DiRaja Malaysia tiba lewat di tempat kejadian iaitu 50 minit kemudian manakala
ambulans pula tiba selepas satu jam.
Lelaki itu turut mendakwa bahawa dia ada bersama-sama Dr
Fadi ketika ditembak dan beliau masih bernafas selepas insiden itu.
Ketika ditanya Hakim Zaman, tertuduh mengesahkan rakaman
video itu miliknya dan dia adalah individu di dalam video itu.
Ketika rayuan bagi mengurangkan hukumannya, lelaki itu yang
tidak diwakili peguam, meminta maaf kepada mahkamah kerana dia datang ke
Malaysia untuk melancong dan tidak mengetahui undang-undang di Malaysia.
“Saya tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun, ia
adalah kata-kata ketika saya dalam keadaan marah. Saya kesal. Ini adalah
kesilapan saya. Saya mohon maaf.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya tidak tahu apa-apa pun tentang Malaysia. Saya mohon
maaf kepada semua di Malaysia…saya mempunyai tiga isteri dan enam anak, saya
tiada sesiapa pun di Malaysia,” katanya yang berulang kali memohon maaf dan
kemudian menundukkan kepalanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon
hukuman setimpal berbentuk pencegahan dengan mengambil kira tindakan menyebar
berita palsu perlu dihalang kerana ia memberi impak dan pengaruh negatif kepada
pihak tidak bersalah selain boleh memudaratkan ketenteraman awam dan negara.
“Penyebaran berita palsu itu bukan sahaja menjejaskan imej
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi juga negara dan turut mengguris hati
keluarga mangsa. Tertuduh sepatutnya lebih menghormati undang-undang Malaysia,”
katanya.
Mengikut fakta kes, pihak polis telah menerima satu rakaman
video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki Arab sedang membuat
kenyataan yang turut memaparkan sarikata dalam bahasa Malaysia dan hasil
siasatan mendapati kandungan video itu mengandungi berita tidak benar bertujuan
menjatuhkan imej PDRM.
Pada 21 April lepas, Dr Fadi, 35, yang juga pensyarah
kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini,
ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak di sini pada kira-kira
6 pagi semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat
Subuh. — BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel