Connect with us

Berita Lain

Tiada Bukti Pesawat Mahathir Disabotaj



KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) menafikan berlaku unsur sabotaj ke atas pesawat peribadi sewa khas yang
gagal terbang ke Langkawi semalam seperti dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan,
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata,
berdasarkan siasatan yang dijalankan, tiada sebarang petunjuk berlakunya unsur
sabotaj dan pesawat itu tidak dapat terbang kerana masalah teknikal kecil
disebabkan kebocoran pada roda kiri pesawat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Laporan dokumentasi pesawat Bombardier Challenger CL60
juga menunjukkan tiada kecacatan pada pesawat kecuali pada roda kiri dan kerja
penggantian tidak dapat dilakukan kerana tiada alat ganti,”katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Azharuddin berkata, tuduhan sabotaj terhadap pesawat sangat
serius dan boleh memberi kesan terhadap reputasi penerbangan Malaysia dan
negara secara keseluruhannya.
Mahathir semalam mendakwa mendakwa pesawat yang dinaikinya
menuju ke Langkawi disabotaj pihak tertentu.
Katanya, sebelum berlepas juruterbang memaklumkan bahawa
pesawat tersebut mengalami kebocoran dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang
singkat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel