Connect with us

Berita Lain

Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Antara Digugurkan

Jailani (kiri), Che Muhammad digugurkan.


KUALA TERENGGANU- Timbalan menteri dan ahli parlimen antara
dua nama yang digugurkan daripada senarai calon BN Terengganu untuk bertanding
dalam PRU14 kali ini.
Mereka yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu
Terengganu dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu, tiga bekas Exco iaitu Datuk Rosol Wahid, Datuk
Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera yang sebelum ini ‘direhatkan’ pada PRU13
kembali membuat kemunculan semula apabila dipilih bertanding kali ini.


Rosol (atas, kiri), Din Adam, Mohamed Awang (bawah, kiri)
dan Tengku Asmadi kembali bertanding.

Rosol akan bertanding di Parlimen Hulu Terengganu
menggantikan Jailani manakala, Din bertanding bagi kerusi Parlimen Dungun dan
Mohamed akan kembali bertanding di Dun Chukai.
Telahan ramai yang menjangkakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad
Said tidak akan dicalonkan kembali pada PRU14 kali ini nyata meleset apabila
kembali mendapat kepercayaan parti untuk mempertahankan kerusi yang
disandangnya.
Dua calon wanita turut bertanding kali ini, iaitu Ketua
Wanita Umno Dungun, Datuk Zainun Abu Bakar, 65, bagi Dun Sura manakala Ketua
Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin, 61, akan bertanding bagi
kerusi Dun Bukit Payong.
Wan Nawawi kembali bertanding.

Kesemua 16 Adun BN dikekalkan untuk mempertahankan kerusi
masing-masing, kecuali Adun Permaisuri, Datuk Mohd. Jidin Shafee yang beralih
ke kerusi Parlimen Setiu manakala tempatnya digantikan dengan bekas Adun
Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri
Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beberapa nama baharu turut diperkenalkan antaranya pakar motivasi,
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala
Nerus dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail di Parlimen
Kuala Terengganu.
Selain itu, Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh
(Buluh Gading), Salleh Othman (Wakaf Mempelam), Toh Seng Cheng (Bandar), Datuk
Mohd. Sabri Alwi (Ladang) dan Zamri Awang Hitam (Batu Burok).
Mohamad Nor Endot (Parlimen Marang), Datuk Saiful Bahri
Baharuddin (Alor Limbat), Wan Zaulkifli Wan Gati (Rantau Abang) dan Tengku
Hamzah Tengku Draman (Paka).

Advertisement
Tiga calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum
ini kembali dicalonkan iaitu Yusof Awang Hitam (Manir), Tuan Arif Sahibu
Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal) dan Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel