Connect with us

Berita Lain

Timbalan Presiden, Naib Presiden PRS Dipecat

Joseph Entulu Belaun

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini memecat
timbalan Presidennya Datuk Joseph Entulu Belaun, serta Naib Presiden Datuk
William Nyalau Badak, bersama tiga lagi anggota Majlis Tertinggi kerana
dikatakan ‘mengganggu kesatuan parti’.
Presiden PRS, Tan Sri James Masing mengumumkan perkara itu
selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas PRS di pejabat parti itu di
sini, malam ini.

Entulu, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
adalah penyandang kerusi Parlimen Selangau, manakala Nyalau adalah penyandang
kerusi Parlimen Lubok Antu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tiga lagi yang dipecat ialah Nyempah Sabot, Edward Kurik dan
Adriana Chumang Nyambung yang dikatakan bersubahat.
Masing berkata, jawatankuasa khas yang bermesyuarat malam
ini memeriksa dan mendapati kelima-lima mereka bertindak mengingkari keputusan
parti mengenai calon-calon yang ditetapkan untuk bertanding atas tiket PRS pada
PRU14.
Menurutnya, Entulu mengingkari keputusan parti untuk tidak
mencalonkannya semula bagi mempertahankan kerusi Selangau, manakala Nyalau pula
membuat pengumuman terbuka bahawa beliau akan bertanding sebagai calon BN bagi
mempertahankan kerusi Lubok Antu.
“Surat pemecatan telah disediakan dan akan dihantar kepada
semua yang terlibat. Kami terpaksa melakukan ini, untuk menghentikan segala
masalah yang timbul,” katanya dalam persidangan media di sini,  malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Masing turut mengumumkan keputusan parti untuk meletakkan
muka baharu sebagai calon PRS di Selangau iaitu Rita Sarimah Insol, dan Robert
Pasang Alam di Lubok Antu.
Calon lain ialah empat anggota parlimen yang akan
mempertahankan kerusi masing-masing, terdiri daripada Datuk Joseph Salang
(Julau), Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang)
dan Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit). – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel