Connect with us

Berita Lain

Tindakan Umno Pecat 16 Ahli Tidak Adil


SHAH ALAM – Tindakan Umno memecat keahlian 16 individu yang
memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan Umno di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur semalam, disifatkan sebagai satu penghinaan.
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, keputusan yang
diumumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu juga
arbitari dan tidak adil.

“Tambahan pula, tindakan Umno ini ibarat cuba campur tangan
dengan keadilan. Walaupun mempunyai pengetahuan mengenai tindakan itu dan
bahawa 16 ahli berkenaan memohon perintah supaya mahkamah memaksa Jabatan
Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes
permohonan semakan kehakiman selesai, parti itu bertindak memecat mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini jelas satu perbuatan menghina. Kami akan ambil
tindakan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Tengku Adnan hari ini mengumumkan 16 individu tersebut
dipecat berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Tengku Adnan, tindakan mereka jelas bertentangan
dengan fasal 20.7 perlembagaan Umno yang menetapkan mana-mana ahli yang
memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keahlian secara
automatik.
Haniff berkata, tindakan 16 individu tersebut adalah
berdasarkan kepada bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno telah melanggar Perkara
10.16 perlembagaan parti dengan menangguhkan pemilihan sehingga tahun depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kini, apabila 16 orang ini mengheret RoS dan Umno ke
mahkamah, perlembagaan parti yang sama dicabuli oleh MT Umno telah digunakan
untuk mewajarkan Umno memecat ahlinya,” katanya.
Menurutnya, saman mahkamah dikemukakan masih sah kerana RoS
dinamakan sebagai responden utama dan dua tuntutan pertama mereka kepada
mahkamah dibuat terhadap RoS, sementara Umno dinamakan sebagai responden kedua.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel