Connect with us

Berita Lain

TMJ: Pandangan Ikhlas Saya Untuk Rakyat Johor Yang Saya Sayangi


Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.
Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi
sekalian. Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli
politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang
anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada
Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling
berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri
Johor. Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya
dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ektrimis,
menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.
Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara,
tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai
menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara. Dalam situasi politik,
rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan
mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM
Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami
tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka
akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada
agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan
kesejahteraan rakyat Johor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di
dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati
terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu
lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran
dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih
aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi
pengetahuan mereka yang berpotensi.
Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang
menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan
proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba
untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua
sayangi. Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari
tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan
perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai
perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak
boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang
bermasalah.
Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan
nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak
tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga
dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang
tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada
kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.
Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk
apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu.
Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang
meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga
ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas.
Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan
Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik
sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh
adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan
ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.
Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang
dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara
tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan
terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling
kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang
‘billionaire’.
Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka
sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa
yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana
kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan
kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada
inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu
berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan
persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Jikalau kami mampu
melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada
negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh
mengubah segala-galanya daripada dalam.
DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan
tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk
kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia
adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik
tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk
menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.
Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika
kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai
masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin
yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut
dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya
kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM
Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan
contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua
untuk dijadikan sebagai contoh.
Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam
pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan
lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya.
Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi
JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina
dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin
saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu.
Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi
hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM
adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk
menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan
Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa
Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan
dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan
pentadbiran liga
Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di
mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga
kepentingan Malaysian Football League (MFL). Ini adalah sebab mengapa saya
keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti
di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga
seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England),
Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL. Tetapi jangan salah
tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi
tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini
diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di
peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup
di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat
bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami
juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda
lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah
tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal
takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan
kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia
terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan
sentiasa menjadi tugas kami.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar
kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah
masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah
dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri
sekarang ini. Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut
bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda
perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.
Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah
situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang
tamakkan kuasa dan duit. Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang
anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada
individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah
wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah
serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya
negara bernama Malaysia.
Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu
bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai
perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit
kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir
luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah
saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat
saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.
Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik.
Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing
nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang
perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota
Johor

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel