Connect with us

Berita Lain

”Tok Kadi Tanya Mana Duit Hantaran 12 Ribu?”, Jurugambar Kongsi Pengalaman Duit Hantaran Pengantin Lesap, Majlis Nikah Batal



Akad nikah merupakan detik indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Saat lafaz diakad, maka bersatulah dua jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga. 


Namun, cuba bayangkan di mana majlis yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Ini bukan cerita cinta putus di tengah jalan, bukan dua minggu lagi mahu kahwin majlis cancel.


Tapi realitinya si lelaki sudah bersedia di depan tok kadi mahu melafazkan akad aku terima nikahnya, si gadis di belakang sudah tersenyum debar ditemani sanak saudara dan rakan-rakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tiba-tiba sahaja, majlis tidak dapat diteruskan kerana album wang hantaran kosong. Siapa yang tidak sedih? Lagi-lagi bukan sikit jumlahnya itu.


Perkongsian pengalaman oleh  Khairul Hakimin Muhammad semasa menjadi jurugambar untuk satu majlis nikah boleh dijadikan ikhtibar buat semua bakal pengantin di luar sana. Kalau berkaitan dengan duit, semua orang boleh lupa diri walau darah daging yang kita percaya. Berhati-hatilah.


Saya berjalan laju. Mahu pastikan bakal pengantin sentiasa di hadapan saya.


Ibunya menghubungi saya sekitar beberapa hari sahaja lagi sebelum hari nikah. Oleh kerana pernah ambil gambar orang kahwin, saya layan sahajalah.


Sampai di masjid. Pengantin diminta mengambil wuduk kemudian menunaikan solat 2 rakaat. Hantaran disusun berderet, setentang dengan hantaran pihak wanita.




Sesudah semuanya sampai, pihak wanita memulakan majlis. Tok kadi sudah duduk, lalu pengantin perempuan diminta duduk di bahagian belakang. Biar nampak dan sahih itulah pengantinnya.




Baru sahaja mahu bermula, Tok Kadi tanya,


“Boleh saya tengok duit hantaran?”


Lalu pengapit menghulurkan senaskhah buku berupa album. Yang biasanya kita letakkan duit bersusun di dalamnya.






Tok Kadi menyambut. Lalu diselakkan helaian pertama, kedua dan memandang wajah pengantin. Lalu berbisik. Kemudian kecoh. Soksek sana sini.


Pengantin bangun, mendapatkan ibunya. Ibunya memegang dada. Lalu juga bangun mahu melihat sendiri album tersebut. Ya kosong.


Tok Kadi bertanya jujur kepada pengantin, lalu pengantin menjawab “Sebenarnya memang ada, duit ini kami tinggal dengan sepupu kami. Dia kirimkan kepada kami pagi tadi. Kami tak buka, dia kata dia ke klinik, tak sihat. Tapi kami call tak jawab-jawab.”


Tok Kadi tanya pihak perempuan,


“Nak teruskan atau macam mana?”


Lalu bapa pengantin perempuan bersuara,


“Boleh kita beri 1 jam? Kalau tak ada juga, kita tangguh majlis ini.”


Panggg, ibu pengantin lelaki pengsan. Pengantin perempuan menangis teresak-esak. Kami yang jadi jurugambar ini duk berdiri sahaja melihat drama besar ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Suasana terus kecoh. Pengantin lelaki sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duit hantaran RM12,000 hilang begitu sahaja.


Selepas sejam, pengantin perempuan dan rombongannya bangun meninggalkan masjid. Bapanya berkeras tidak mahu teruskan majlis sekiranya duit hantaran tidak diberi sebelum nikah.


Lalu duduklah kami di masjid dengan sepi. Sedang berdiam diri memandang sesama sendiri, pengantin lelaki duduk dan bersandar di dinding masjid sebaris dengan kami.


Lalu menangis sekuat hatinya. Bapanya memujuk-mujuk. Menepuk bahunya. Lalu mereka berpeluk.


Selang sebulan dua, saya dihubungi lagi. Majlis nikah antara mereka dibuat sekali lagi. Dan majlis itu berjaya. Selepas semua urusan nikah selesai, mereka memaklumkan yang pasangan ini akan ke England untuk sambung belajar. Rupanya kenduri mereka digabungkan sahaja di sebuah dewan.


Sudah selesai kerja kami mengambil gambar, pengantin lelaki duduk dengan saya dan kawan (yang sama mengambil gambar). Kami bersembang bersama-sama. Lalu terpacul di bibirnya:


“Hidup ini tak usahlah duk mainkan orang, hati orang, jiwa orang. Kita kena beringat yang Allah juga boleh mainkan kita semula.


Aku kerap bergurau dengan kawan, keluarga, prank dan kenakan sesiapa memang jadi sebatilah. Semua orang kenal dah. Sekali masa nak nikah, Tuhan pula prank aku. Duit tu hilang sampai ke sudah, sepupu aku bawa lari. Padahal aku sendiri yang masukkan duit tu dalam album tu. Beri pada dia, manusia yang paling aku percaya.


Mujurlah keluarga isteri aku ok, boleh tangguh. Kalau tak, mesti melayanglah semua.”


Kami semua terdiam. Tak terfikir yang Allah juga boleh prank kita. Dan jika kita terkena prank yang itu, hadaplah sendiri, tak ada ketawa-ketawa, malah menangislah sampai kecewa.


Hidup ini boleh sahaja jadi ceria dengan gurau, senda, usik. Namun bab merancang dengan teliti untuk kenakan orang, elakkan sahajalah. Boleh jadi setitik rasa kecewa orang yang jadi mangsa memakbulkan doanya untuk kita pula menerima musibah yang tidak terfikir di kepala.


Begitulah.









Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel