Connect with us

Berita Lain

Tol, GST Dan Pendidikan Percuma Laksana Lepas 100 Hari

Foto: Malay Mail Online

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (Harapan) memberi keyakinan
akan menghapuskan tol secara berperingkat berdasarkan kontrak konsesi selepas
100 hari mentadbir Putrajaya.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
dalam tempoh 100 hari kerajaan baharu akan menghapuskan kutipan tol seluruh
negara secara berperingkat.
“Kita akan mansuhkan tol secara berperingkat berdasarkan
kontrak konsesi.
“Namun prosedur penghapusan secara berperingkat itu akan
diumumkan bila kita masuk Putrajaya,” katanya ketika sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Parlimen, hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, Tun Mahathir turut memaklumkan cukai barang
dan perkhidmatan (GST) juga akan dihapuskan dalam tempoh 100 hari.
Beliau turut menyatakan, Harapan konsisten akan menyediakan
pendidikan percuma kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sementara itu, Ketua Whip DAP, Anthony Loke turut
mempersoalkan tindakan berat sebelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
menghalang Harapan untuk menggantung poster Tun Mahathir sebagai calon bakal
Perdana Menteri.
“SPR maklumkan kepada kita tak boleh gantung poster Tun
Mahathir sebagai calon bakal Perdana Menteri kerana Harapan belum didaftarkan
maka Pengerusi Harapan juga turut diharamkan.
“Hanya gambar calon dan presiden parti serta menteri besar
sahaja dibenar dipamerkan,” jelasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan SPR berat sebelah
sedangkan poster dan bendera kerajaan sudah lama digantung sedangkan belum
masuk musim kempen pilihan raya.



Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel