Connect with us

Berita Lain

TPM Sedih Ada Ketua UMNO Bahagian Ditahan Dadah


KESAL… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap kes
seorang Ketua UMNO Bahagian ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota
kelmarin sesuatu yang mendukacitakan dari segi moral.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri turut mengakui kejadian itu boleh beri kesan kepada BN di kawasan
berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bercakap dalam sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama
Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, di Kuala Krai, Kelantam pada
Selasa, beliau berkata hal berkenaan akan dibincangkan oleh pimpinan BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dari segi perundangan dan penguatkuasaan walaupun kita
tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah,
namun dari segi moral ia amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.
“Sudah pasti ia memberi kesan dan menjejaskan kawasan
tersebut, namun kita akan berusaha supaya organisasi parti serta rakyat tidak
pula terjejas,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Terdahulu, beberapa portal berita tempatan melaporkan ketua
UMNO Bahagian berkenaan bersama-sama beberapa orang rakannya ditahan dalam satu
serbuan di sebuah pusat hiburan ternama di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.
Ujian air kencing yang dikendalikan oleh pihak polis
kemudian mendapati mereka sebagai positif dadah. Operasi berkenaan turut
disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu pejabat UMNO bahagian berkenaan dilaporkan
telah mengundang wartawan untuk memberi penjelasan mengenai isu panas tersebut
pada sidang media pagi Rabu.
– AGENSI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel