Connect with us

Berita Lain

Tukar Calon Saat Akhir Gara-Gara ‘Skandal’



JERLUN – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mengakui parti itu membuat beberapa pertukaran calon PRU14 di saat
akhir kerana didakwa terlibat dalam beberapa skandal.

Menurutnya, parti itu membuat semakan terhadap semua calon
diketengahkan agar benar-benar bersih dari sebarang kes mahupun skandal.
Katanya, ini bagi mengelak calon berkenaan berdepan masalah
selepas hari penamaan calon.
“Setakat ini, calon yang kita ketengahkan bersih, hanya
segelintir calon yang disenarai awal ditukar setelah kita beroleh maklumat
daripada pihak yang dipercayai bahawa calon itu terbabit kes tertentu, ini
menyebabkan kami lakukan pertukaran saat akhir,” katanya, ketika ditemui
selepas majlis penamaan calon.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mukhriz berkata, pertukaran itu tidak melibatkan Kedah yang
mengekalkan senarai awal calonnya.
Mengulas cubaan akar umbi yang menolak calon Dun Kuah, Mohd
Firdaus Ahmad sebelum hari penamaan calon, katanya, siasatan akan dilakukan
terhadap pihak yang membantah kerana Ketua Pemuda Bersatu Langkawi itu diyakini
adalah calon bersih.
“Musim kempen PRU macam-macam boleh berlaku, ada yang bukan
ahli menyamar sebagai ahli dengan pakai baju Bersatu dan buat kenyataan kritik
pimpinan, tujuannya untuk jejaskan imej parti. 
Saya percaya perkara seperti ini akan berlaku lagi,” katanya.
Mukhriz juga tidak menolak kemungkinan Mohd Firdaus
mempunyai hubungan rapat dengan calon Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad
sebelum berhijrah ke Bersatu, memandangkan mereka dari parti yang sama.
“Saya pun mungkin dikaitkan, sebab kami semua adalah bekas
ahli Umno, dah tentu ada kaitan dengan pimpinan Umno sebelum keluar parti,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mukhriz bagaimana pun menganggap apa yang disebarkan sebagai
asam garam politik.
“Ada juga dakwaan konon ahli PKR bantah Tun Dr Mahathir
Mohamad guna lambang parti itu, apabila disemak dengan pimpinan PKR, ia tidak
benar. Isu itu sengaja dimainkan pihak luar,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap sepanjang tempoh berkempen,
tiada unsur sabotaj yang cuba dilakukan pihak lawan.
“Ada maklumat mengatakan beberapa kerusi panas seperti
Langkawi, Jerlun dan Pagoh diberi tumpuan pihak lawan, jadi kami bersedia
hadapi apa jua kemungkinan. Jentera parti akan tangani taktik lawan secara
harmoni walaupun setakat ini tiada insiden melampaui batas,” katanya.



Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel