Connect with us

Berita Lain

TV3 Bertanggungjawab Kongsi Maklumat Dengan Orang Ramai – Peguam


KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu
bahawa stesen televisyen TV3 mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi maklumat
dengan orang ramai terutama berita yang membabitkan isu kepentingan awam dan
keselamatan  negara seperti pencerobohan
di Lahad Datu, Sabah.
Peguam Liew Teck Huat, yang mewakili stesen televisyen itu
berhujah adalah menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi media untuk
melaporkan berita yang mempunyai kepentingan awam kepada umum.
“Dalam kes ini, TV3 memainkan peranannya dengan
menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan
berita yang turut diterbitkan oleh akhbar Utusan Malaysia,” katanya sambil
menambah kata media bukanlah sebuah agensi penyiasatan tetapi ia
bertanggungjawab untuk menyalurkan sumber berita kepada masyarakat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Liew berkata demikian ketika berhujah dalam kes saman
difailkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap TV3
berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu.
Peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Anwar pula berhujah TV3
tidak menjalankan kewartawanan bertanggungjawab apabila menyiarkan berita yang
mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan tragedi pencerobohan di Lahad
Datu.
“Stesen televisyen itu juga gagal membuat sebarang
pengesahan dengan Anwar sebelum berita tersebut disiarkan di Buletin Utama pada
2 Mac 2013,” jelasnya.
Peguam itu berhujah berita berkenaan adalah tidak benar dan
ia merupakan berita palsu kerana Utusan Melayu (M) Berhad, yang sebelum ini
merupakan defendan dalam kes saman berkenaan telah mengaku bahawa dua artikel
diterbitkan oleh akhbarnya yang mengaitkan bekas ketua pembangkang dengan
pencerobohan di Lahad Datu itu, adalah tidak berasas.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 14 Mei untuk
keputusan kes saman berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 8 Mac 2013, Anwar selaku plaintif memfailkan saman
terhadap Utusan Melayu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak;
TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen
dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita
Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Utusan Melayu
menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan
dengan pencerobohan?’ dan artikel di muka surat sembilan bertajuk ‘Tiga
kumpulan menjadi dalang’ bertarikh 2 Mac 2013.
Bekas  anggota
Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari
yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di
Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu.
Pada 5 Okt 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu
terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak selepas
kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel