Connect with us

Berita Lain

Uji Tambah Kesal Ada Pihak Putar Belit Tentang Cico


MUNGKIN akibat tertekan dengan keadaan menimpa dirinya,
penyanyi yang popular ketika era 1970-an, Uji Rashid berasa sedikit terkilan
dengan kenyataan beberapa akhbar dan portal tempatan.


Sebelum ini, menerusi sebuah akhbar tempatan, Uji mengakui
bahawa anaknya, Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap
Jamaludin, tidak boleh bercakap dan membaca bagaikan buta huruf dan bisu.
“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak
seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada
penyakit yang dihidapi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja
seperti biasa,” kongsi Uji menerusi sebuah akhbar tempatan.


Bagaimanapun, hari ini di portal Harian Metro, Uji telah
meluahkan rasa kekesalannya terhadap penularan berita berkenaan anaknya itu.
Uji turut mendakwa bahawa ada segelintir pihak yang tidak
bertanggungjawab telah memutar belit kenyataannya sebelum ini.
“Saya ingin tegaskan, Cico tidak mengalami masalah seperti
diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja
diadakan-adakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya
kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah
untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif,” katanya
dipetik daripada portal Harian Metro.


Tambah Uji, kelakuan Cico kini bagaikan kanak-kanak yang
sedang mahu belajar membesar.
Selepas kejadian pada tahun 2016 lalu, bapa kepada seorang
cahaya mata itu langsung tidak mengenali dirinya dan tidak mampu untuk mengeja
namanya sendiri.
Malah, racun yang telah diletakkan oleh rakannya ketika
kejadian itu telah menyebabkan kerosakan pada otak, organ dalaman serta kotak
suaranya.


Pada 25 Disember 2016 yang lalu, Cico dikatakan telah diracun
oleh rakannya sendiri selepas keluar bersama mereka ketika kejadian.
Dia telah diracuni selepas ada individu yang meletakkan
benda asing itu di dalam minumannya dan akibat kejadian itu, mereka sekeluarga
tepaksa mendapatkan rawatan di hospital dan juga menjalani beberapa perubatan
Islam.
Kemungkinan besar disebabkan kejadian berat yang menimpa
diri Uji baru-bnaru ini, dia bagaikan tertekan selepas diasak oleh banyak pihak
berhubung penyakit misteri yang menimpa anak tunggalnya itu.


“Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh,
hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak
mampu ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat
demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah,”
tambahnya.


Namun disebalik ujian yang datang, siapa sangka bahawa Uji
telah menerima banyak tawaran membuat persembahan serta berlakon.
Tetapi sayang seribu kali sayang, dia terpaksa menolak
segala tawaran berkenaan kerana dia perlu menjaga Cico yang memerlukan
perhatiannya setiap masa.
“Saya berterima kasih dan menghargai keprihatinan
ditunjukkan. Cuma, Cico memang perlu rawatan secara berterusan dan kadang kala
sukar untuk saya terima sesuatu tawaran,” ujarnya lagi.



– Mynewshub

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel