Connect with us

Berita Lain

Zaidi Tidak Gentar Hadapi Nurul Izzah Di Permatang Pauh



GEORGE TOWN: Calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen
Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata sudah tiba masanya penduduk
kawasan itu berubah arah memandangkan Permatang Pauh kini jauh ketinggalan
dalam arus pembangunan.

Mohd Zaidi, 49 tahun, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian
Permatang Pauh, berkata sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu,
banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memajukan kawasan yang telah lama
berada di bawah PKR berkenaan.
Bakal berdepan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Afnan
Hamimi Taib Azamudden daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini,
Mohd Zaidi berkata perkara itu tidak sedikitpun menggentarkannya malah yakin
mampu memberikan saingan berdasarkan rekodnya yang telah lama berkhidmat untuk
penduduk di Permatang Pauh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bersandar pada
kekuatan mereka selepas era reformasi kerana ini juga kali pertama mereka akan
ditentang oleh Pas.
“Sebelum ini, kita berdepan masalah kerana jentera BN
tidak dapat masuk ke beberapa kawasan namun keadaan sudah berubah apabila
penduduk menerima kehadiran kami sewaktu mengadakan program… bagi saya ia
adalah petanda baik,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan
watikah calon-calon BN Pulau Pinang pada PRU14 di sini pada Selasa yang turut
dihadiri kira-kira 1,500 penyokong mereka.
Beliau berkata hasratnya ialah meningkatkan kualiti
pendidikan, menambah baik kemudahan awam, masjid, surau dan mewujudkan budaya
sihat dalam kalangan golongan muda menerusi pembinaan pusat rekreasi,
gelanggang permainan serta pembangunan usahawan yang lebih terarah.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menewaskan Suhaimi Sabudin (BN-UMNO) dengan
majoriti 8,841 undi pada pilihan raya kecil Mei 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar Zambri Che Ros bertekad untuk meneruskan
kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh ketua pembangkang DUN Pulau Pinang
Datuk Jahara Hamid yang tidak bertanding pada pilihan raya umum ini.
Zambri yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tasek Gelugor
itu berkata pencalonan beliau di kawasan tersebut adalah satu cabaran
memandangkan DUN Teluk Air Tawar sebelum ini diwakili wakil rakyat wanita.
“Datuk Jahara telah lima penggal menjadi wakil rakyat
di sini sejak 1999 dan sebelum Jahara, kawasan ini juga diwakili wakil
wanita,” katanya.
Pada PRU14 ini, Zambri dijangka berdepan Mohamad Hanif Haron
(Pas), Lee Thian Hong (PRM) dan Mustafa Kamal Ahmad (PKR). Pada PRU ke-13, BN
menang di DUN Telok Ayer Tawar apabila Jahara menewaskan Norhayati Jaafar (PAS)
dengan majoriti 840 undi.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel