Monday, December 08, 2025

Rumah PU Razi terbakar

by
May 1, 2018
1 min read



RUMAH didiami peserta Pencetus Ummah (PU), Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi atau lebih dikenali PU Razi terbakar dalam satu kebakaran di Putrajaya, awal pagi hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dalam kejadian 5 pagi di Pangsapuri Putra Harmoni itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan penghuninya tiada di rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Md Hilman Abd Rashid berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 5.41 pagi dan jentera bomba tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Beliau berkata, laporan awal mendapati kebakaran membabitkan sebahagian kawasan di ruang tamu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Kami difahamkan, dua penghuni mendiami rumah berkenaan, namun ketika kejadian seorang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala seorang lagi berada di surau berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan kerugian dialami dan mengesyaki kebakaran bermula daripada sofa di ruang tamu di kediaman berkenaan.

Menurutnya, ia mungkin disebabkan asap rokok atau ubat nyamuk, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti