Friday, December 05, 2025

250 Ahli PKR Keluar Parti, Sertai BN

May 2, 2018
1 min read
Foto: Kosmo

Tuaran: Seramai 250 ahli PKR bagi kawasan Sulaman dan
Tamparuli di sini, keluar parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN), hari
ini.
Ia termasuk 10 ahli Jawatankuasa (AJK) parti pembangkang itu
yang diumumkan dalam sidang media di pejabat PKR Tuaran yang kini bertukar
pejabat BN, diketuai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Tuaran, Rajimit Gunong dari
PKR Tamparuli serta beberapa ahli lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rajimit berkata, keputusan dibuat secara rela hati dan bukan
atas paksaan atau bersyarat daripada mana-mana pihak.
“Kami sebulat suara meninggalkan PKR kerana hilang
kepercayaan, malah kami sedar pemimpin BN sahaja yang mampu membela nasib
rakyat. Saya berharap akan ada lagi ahli PKR menyertai kami untuk menyokong
BN,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Penyelaras PKR Sulaman, Halimah
Paluh, berkata sebelum ini mereka sebulat suara memilih Rajimit sebagai calon
parti itu bagi kerusi Parlimen Tuaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagaimanapun, kepemimpinan parti memilih calon lain
dan tidak mendengar pandangan kami, jadi lebih baik kami memilih BN yang
terbukti mampu mengubah nasib rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan