Tuesday, December 09, 2025

70 Bendera, Poster Calon BN Curi Perhatian

May 2, 2018
1 min read

JELI – Seorang pesara tentera menampilkan kelainan untuk
menarik perhatianmasyarakat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan
menghiasi van miliknya menggunakan 70 bendera Barisan Nasional (BN) pelbagai
saiz di sekitar Jeli.

Mohd Nasir Mustapa, 59, turut menampal poster calon BN bagi
kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, Datuk Seri
Mustapa Mohamed serta dua lagi calon BN iaitu Datuk Adhan​​​​​​​ Kechik bagi
kerusi DUN Bukit Bunga dan Datuk Abdul Aziz Derashid di kerusi DUN Kuala Balah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Walaupun hanya mengibarkan bendera dan melekatkan poster di
van, saya berbangga kerana ini akan memberi kesan dalam usaha memperkenalkan
calon BN kepada pengundi di Parlimen Jeli dan tiga DUN di dalam kawasan ini,”
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohd Nasir berkempen dengan memasuki kampung serta tempat
tumpuan awam sekitar kawasan parlimen berkenaan seperti kawasan membeli-belah
Bukit Bunga, pasar, hentian bas dan teksi.
“Kos minyak untuk kenderaan saya disumbangkan oleh orang
perseorangan dan menggunakan​​​​​​​ wang milik saya,” katanya.
Dalam keghairahannya berkempen membantu calon BN itu
terdapat kalangan rakannya yang tidak menyukai pendekatan itu malah menganggap
beliau “gila” namun tidak dipedulikannya kerana mengenangkan​​​​​​​ banyak jasa
kerajaan BN kepada rakyat.
Beliau berharap pengundi akan keluar beramai-ramai untuk
menunaikan tanggungjawab mengundi pada​​​​​​​ 9 Mei ini. – BERNAMA



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,