Tuesday, December 09, 2025

Mahathir, Nawawi Masing-Masing Punya Kelebihan

May 2, 2018
2 mins read

MENYINGKAP mitos rakyat pulau legenda Mahsuri yang pernah
disumpah tujuh keturunan kemudian bertukar wajah menjadi pulau peranginan bebas
cukai terkenal dan kini nama Langkawi menjadi topik bualan hangat rakyat
Malaysia kerana calon Parlimennya juga ‘panas’.
Kerusi panas Parlimen Langkawi menyaksikan pertembungan tiga
penjuru antara calon Pakatan Harapan (Harapan), BN dan Pas.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Zubir
Ahmad dinamakan bagi merebut kerusi Parlimen P4 itu.
Jika dinilai secara kasarnya, pengundi Langkawi bukan hanya
sekadar memilih wakil rakyat untuk membawa suara mereka ke Parlimen, sebaliknya
tugas yang mereka galas lebih berat iaitu, memilih Perdana Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hal ini susulan, blok pembangkang, Harapan menamakan
Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ketujuh sekiranya mereka berjaya
menakluk Putrajaya dalam pertempuran PRU14.
Pilihan raya kali ini digelar ‘ibu’ segala pilihan raya yang
bakal membuktikan kerajaan mana menjadi kepercayaan rakyat Malaysia selepas
beberapa siri skandal dan isu kontroversi yang berlaku dalam negara.
Kerusi Parlimen Langkawi menjadi panas apabila Mahathir yang
dahulunya mengemudi negara selama 22 tahun bersama BN dan secara tidak langsung
menjadi arkitek pembangunan pulau bebas cukai itu, maka Mahathir dan Langkawi
sungguh sinonim.
Itu dulu, hari ini Mahathir telah bertukar ‘kapal’ dan
memilih menjadi nakhoda parti pembangkang, Harapan dan memutuskan untuk
berentap melawan anak buahnya, Nawawi di Langkawi.
Ia memang sesuatu yang janggal bagi pandangan orang lain
tetapi, bacaan politik Mahathir tidak begitu, beliau menjangkakan dengan jasa
budi yang ditaburnya membangunkan pulau legenda itu menjadi lebih prestij,
sebagai bekalan modal buatnya meraih undi rakyat di situ.
Nawawi serba salah
Manakala, Nawawi pula mengakui keputusan Pengerusi Bersatu
itu bertanding di Langkawi menyebabkan beliau serba salah.
Malah Nawawi secara jujur masih mengakui kehebatan
kepimpinan Mahathir dan hubungan baik antara mereka berdua menyebabkan pertandingan
di pulau bebas cukai itu menyukarkannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, Nawawi tidak sesekali menyerah kalah, beliau
tetap mara ke gelanggang tempur dan beranggapan Mahathir bukan calon tepat
untuk membela nasib rakyat kerana usianya yang lanjut.
Dua calon sama kuat

Sementara itu, pensyarah politik dari Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pengundi di
Langkawi kini dalam dilema untuk memilih antara Mahathir dan Nawawi.
“Nawawi penyandang kerusi Parlimen, beliau sudah tentu ada
sokongan di peringkat akar umbi BN.
“Namun Tun M sebagai orang yang dikenang jasanya kerana
membangunkan Langkawi semasa menjadi Perdana Menteri dulu,” katanya.
Bagaimanapun Azizuddin meramalkan kedua-dua calon itu sama
kuat namun kelebihan akan berpihak kepada orang yang paling lama berjasa.
Selain itu, penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain
pula, menyatakan bahawa pengundi Langkawi berdepan dengan pemilihan antara
politik mengenang budi dengan politik pembangunan.
Begitu juga pendapat dilontarkan, Prof Madya Dr Ahmad
Marthada Mohamed berkata, Tun Mahathir umpama ikon pembangunan Langkawi yang
sangat dekat dengan penduduk pulau itu dan sudah tentu mereka terhutang budi
kepada beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tun Mahathir telah ubah Langkawi dari segi segi fizikal,
infrastruktur dan ekonomi. Pengaruhnya sangat besar kepada penduduk Langkawi.
“Jangkaan kasar saya dengan sentimen pengundi di Langkawi,
Tun Mahathir mampu menawan hati mereka dengan nisbah 60:40. Hal ini kerana,
masih ada kelompok penyokong tegar BN, jika tidak, tidak mungkin Nawawi mampu
meraih lebih 11,000 majoriti pada pilihan raya lalu,” katanya.
Tambah Ahmad Marthada, analisis Harapan menempatkan Tun
Mahathir di Langkawi kerana potensi boleh menang yang tinggi terutamanya faktor
kedekatan beliau dengan masyarakat Langkawi.
“Harapan tidak mahu Tun Mahathir tewas, jadi Langkawi kerusi
terbaik untuk beliau menangkan blok pembangkang itu,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,