Wednesday, December 10, 2025

Nurul Izzah Cadang Diadakan Debat Mahathir, Najib

May 2, 2018
1 min read

PERMATANG PAUH – Calon PKR Parlimen Permatang Pauh, Nurul
Izzah Anwar mencadangkan perdebatan terbuka antara Pengerusi Pakatan Harapan,
Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak
diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu adalah bagi membincangkan banyak
perkara berkaitan nasib rakyat, terutama mengenai perihal pelaksanaan gaji
minimum yang ditawarkan oleh BN dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, rakyat harus difahamkan dengan jelas tentang
isu tersebut dan tidak boleh hanya dibacakan satu kenyataan yang dikeluarkan
oleh perdana menteri kerana itu tidak adil untuk rakyat yang mahu memilih.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sedih apabila perdana menteri sementara ambil peluang
pilihan raya nak cakap kalau menang lagi, baru nak laksanakan gaji minimum.
“Pada saya, ini bukanlah kepimpinan yang kita mahukan. Kita
harus konsisten dalam bab menaikkan tangga gaji pekerja.
“Memandangkan ada usaha-usaha untuk mencedok idea kita
walaupun tidak menyeluruh, saya mencadangkan agar debat khas antara Tun
Mahathir dan Najib diadakan,” katanya.
Menurutnya, fokus utama cadangan perdebatan itu adalah
mengenai perihal pelaksanaan gaji minimum yang dijanjikan oleh BN berbanding
apa yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.
“Rakyat harus tahu bahawa apabila BN memotong subsidi
kemudian melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), merekalah yang
menaikkan inflasi dan membebankan ekonomi orang muda serta rakyat secara
keseluruhannya.
“Maka yang terbaik adalah diadakan debat. Ini musim pilihan
raya, kita kena tahu dengan jelas,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Naib Presiden PKR itu turut mengingatkan Najib supaya tidak
menakutkan rakyat kononnya hanya akan melaksanakan gaji minimum sekiranya
mereka menang pada PRU14.
Sementara itu, calon PKR Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin
berkata, cadangan debat antara calon perdana menteri dan perdana menteri bukan
perkara baharu.
“Calon perdana menteri di England dan Amerika Syarikat juga
berdebat. Ini menunjukkan bahawa kita pun nak jadi negara demokrasi yang
terbaik di dunia.
“Nak buat di mana-mana pun boleh. Kita boleh sediakan tempat
dan masa ikut kehendak beliau (Najib).
“Kita nak anak muda lihat apa tawaran BN berbanding Pakatan
Harapan dari segi pekerjaan, gaji minimum, pendidikan, perumahan dan
kesihatan,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan bahawa kadar kenaikan gaji minimum akan dinaikkan sekiranya BN
menang pada PRU14.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,