Wednesday, December 10, 2025

Tak Perlu Aksi Hospital Untuk Tarik Sokongan, Kata Dr M

May 2, 2018
1 min read

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak
perlukan “strategi mengejut saat akhir” untuk meraih sokongan untuk diri
sendiri atau Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
Beliau menjawab “ramalan” Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan bekas perdana menteri itu akan
dimasukkan ke wad hospital pada malam pilihan raya umum ke-14 untuk meraih undi
simpati.
“Mengapa saya perlu ke hospital untuk meraih undi simpati?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya boleh dapat sokongan tanpa perlu melakukan aksi
seperti itu,” kata pengerusi PPBM menepis dakwaan Zahid.
“Ikut suka Zahid nak fikir apa. Lagipun, dia orang yang
datang brtjumpa saya selepas dijadikan timbalan perdana menteri untuk
mendapatkan pertolongan saya.”
Di satu majlis di Bagan Datuk hari ini, Zahid mencadangkan
Dr Mahathir menggunakan “strategi mengejut saat akhir” pada malam hari penamaan
dengan mendakwa terdapat cubaan mensabotaj penerbangannya ke Langkawi Jumaat
lepas.
“Ia dibuat kerana mahu menagih simpati sehari sebelum
penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan
beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan beliau.
“Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’
atau acuannya sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan
menyalahkan orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,”
kata Zahid kepada pemberita selepas menghadiri program di Kampung Pasang Api.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,