Friday, December 05, 2025

TERKINI: 9 maut pesawat kargo terhempas di Amerika Syarikat

by
May 3, 2018
1 min read

ANGGOTA kecemasan mengawal lokasi nahas pesawat kargo tentera Amerika Syarikat di berhampiran lapangan terbang Savannah. – Foto EPA-EFE 


WASHINGTON: Sembilan maut selepas pesawat kargo tentera Amerika Syarikat terhempas, berhampiran lapangan terbang Savannah, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut pihak berkuasa, pesawat kargo C-130 ‘Hercules’ milik Pengawal Udara Kebangsaan Puerto Rico itu terhempas pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan).



Selain lima anak kapal, turut terbunuh empat penumpang.



“Kami mengesahkan bahawa sembilan maut dalam insiden itu, iaitu lima anak kapal dan empat penumpang yang juga anggota tentera,” kata jurucakap Pengawal Kebangsaan Puerto Rico, Mejar Paul Dahlen.



Presiden Donald Trump dalam mesej di Twitter berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pada itu, Dahlen berkata, pesawat yang dipercayai berusia lebih 50 tahun itu dalam perjalanan ke Pangkalan Tentera Udara Davis Monthan, yang turut dikenali sebagai kawasan ‘perkuburan’ bagi pesawat lama atau usang.



“Pesawat C-130 itu berada di Georgia untuk penyenggaraan dan dipercayai dalam keadaan baik,” katanya.



Bagaimanapun, katanya, siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan. – AFP



-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Israel digesa agar menghormati undang-undang antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi

Sebuah pesawat Bristish Airways ‘tersalah mendarat’

Foto AFP LONDON – UNITED KINGDOM. Sebuah pesawat British Airways ‘tersalah