Tuesday, December 09, 2025

Tok Guru Puji Tun M, Kata Nik Omar

May 3, 2018
1 min read

PUTRAJAYA – Calon Pakatan Harapan Nik Omar Nik Abdul Aziz
memberitahu Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad sewaktu
memegang jawatan perdana menteri dahulu.
“Dulu Tun (Tun Mahathir) dan ayahanda ada berbeza
pendapat. Bila ada wartawan tanya, Tok Guru akan puji Tun.

“Tun ini pemimpin… perdana menteri yang ada
kebijaksanaan. Tun ini pemimpin hebat, dihormati rakan seluruh dunia dan Asia,
pandu negara ke arah yang lebih baik. Sekarang ini ambo nak kata Tun bersama
Pakatan Harapan ingin bina negara yang lebih baik,” katanya dalam ceramah
kebangkitan rakyat, di sini, malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadir pertama kali di Putrajaya, calon Dun Chempaka itu
menambah, jika di Turki, Presidennya, Recep Tayyip Erdogan tidak pernah kata hendak
laksana syariat Islam, tetapi apa yang dilaksanakannya semua menuju ke arah
Islam.
Katanya, sama seperti Harapan, walaupun adalah pembangkang,
tapi yakinlah ia bukanlah menuju ke belakang.
“Kalau nak tukar kerajaan, kita yakin Harapan mampu
menuju ke hadapan untuk kebajikan rakyat Malaysia sama ada Cina, India atau
Melayu dan semua rakyat Malaysia.
“InsyaALLAH dengan gabungan DAP, Amanah, Bersatu dan
PKR ini, mampu melonjakkan Malaysia menuju ke negara maju,” katanya.
Mengulas lanjut, jelas Nik Omar, ini adalah masa paling
sesuai untuk rakyat buat perubahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ambo ambil semangat adik kakok, ambik ambil semangat
Tun, ambo ambik semangat ayahanda Tok Guru. Kita sebagai manusia, hamba ALLAH, kita
perlu saling menghormati.
“9 Mei nanti, kita semua tahu kita ada PRU. Kita ada
pilihan untuk memilih. Bukan nak pilih agama, tetapi pilih pasukan yang boleh
pandu negara ke arah yang lebih baik,” katanya.
Dalam ceramah pada jam 9 malam tadi, ribuan penyokong
Harapan hadir bagi mendengar ceramah daripada pemimpinnya.
Antara yang hadir adalah Tun Mahathir dan calon Parlimen
Putrajaya, Datuk Dr Samsu Adabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,