Wednesday, December 10, 2025

GST Dirancang Sejak Tun Daim Menteri Kewangan – Mustapa

May 4, 2018
1 min read

JELI — Cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) sebenarnya telah dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri
kewangan namun kerajaan ketika itu tiada keberanian untuk melaksanakannya, kata
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Daim turut terlibat dalam kajian mengenai
pelaksanaan cukai tersebut berikutan pendapatan negara yang kecil ketika itu.
“Kerajaan pada waktu itu sudah nembuat keputusan untuk
laksanakan GST, cuma tidak ada keberanian dan hanya Datuk Seri Najib Tun Razak
yang berani melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat
Pasar Tani Air Lanas di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mustapa yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli
dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, berkata pelaksanaan GST banyak
manfaat kerana ia menjadikan sistem percukaian lebih telus dan adil serta boleh
mengesan syarikat besar yang tidak membayar cukai.
“Kadar enam peratus yang dikenakan kerajaan juga
merupakan antara yang terendah berbanding negara lain dan ianya memberi manfaat
kepada negara untuk jangka masa panjang walaupun wujud tekanan sepanjang tiga
tahun dilaksanakan.
“Saya yakin rakyat akan terima GST ini kerana kerajaan
perlu cari sumber kewangan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat. Sebagai
kerajaan moden kita buat untuk jangka panjang, jadi saya berharap pakatan
pembangkang jangan politikkan isu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan bekas
menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST
sejak 1 April 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Mustapa berkata kewujudan pasar tani banyak
memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.
“Masyarakat dapat beli barang dengan harga berpatutan
khususnya barang keperluan seperti makanan serta sayur-sayuran dan jualannya
juga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.
“Harga yang ditawarkan berpatutan kerana peniaga
memperoleh bekalan mereka daripada petani di sekitar daerah ini, sekali gus
kenaikan harga dapat dikawal dan menstabilkan tekanan kos sara hidup,”
katanya.
— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,