Friday, December 05, 2025

Tanpa UMNO Orang Melayu Tiada Apa-Apa

May 4, 2018
2 mins read

SEGAMAT – Matlamat perjuangan UMNO dahulu hingga sekarang
adalah sama iaitu untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam sebagai
agama rasmi negara ini, kata Pengerusi Veteran UMNO Segamat Datuk Othman Jais.

“Yang membezakan perjuangan UMNO dahulu dan sekarang adalah
sema
ngat. Orang dahulu sanggup berkorban apa sahaja bagi menyokong perjungan
parti,” kata warga emas berusia 71 tahun itu.

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Buloh Kasap
selama enam penggal berturut-turut sejak 1981 itu berkata semangat perjuangan
anggota UMNO dahulu adalah lebih tinggi daripada genarasi hari ini.
“Generasi hari ini sepatutnya menggunakan kemewahan yang ada
pada hari ini untuk kepentingan parti kerana jika dibandingkan dengan orang
dahulu sanggup menghabiskan segalanya termasuk harta benda dan wang ringgit
semata-mata untuk parti yang kita sayang,” kata bekas timbalan Speaker DUN
Johor itu. kepada Bernama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seorang lagi anggota veteran UMNO, Alias Singet berkata UMNO
lah hanya satu-satu parti yang mengubah nasib orang Melayu, yang mana tanpa
UMNO orang Melayu tidak mungkin dapat hidup selasa, aman dan damai seperti yang
dikecapi sehingga hari ini.
“Sebelum lahir parti UMNO, orang Melayu tidak bersatu padu
dan tidak mengambil peduli hal orang lain seperti pepatah Melayu yang menyebut
‘Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’,” kata warga emas
berusia 84 tahun itu.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Alias itu
berkata pada zaman pemerintahan Jepun mahupun British, orang Melayu tidak bersatu
padu dan hanya memikirkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Beliau berkata bibit penyatuan orang Melayu hanya mucul
apabila semua penduduk Segamat pada ketika itu berkumpul di Padang Besar
Segamat apabila Datuk Onn Jaafar pada tahun 1946 bersama pemimpin lain meniup
semangat untuk menubuhkan parti UMNO bagi mencapai kemerdekaan untuk Malaya.
“Pada ketika itu, semangat orang Melayu kepada UMNO cukup
tinggi setelah merasai pahit berada di bawah penjajah sehingga tidak mampu
melawan walaupun kepala dipijak sesuka hati oleh orang luar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan
Kampung Pulau Paya berkata pada detik itu, semangat perpaduan orang Melayu
marak seperti api yang naik menjulang-julang.
“Amat sayanglah jika generasi muda hari ini sanggup
mengadaikan keamanan yang dikecapi hari ini semata-mata dengan alasan perbezaan
idologi politik yang membawa kepada perpecahan orang Melayu.
“Jangan sampai generasi akan datang menanggung akibat
daripada ego ini. Percayalah, perpecahan ini tidak akan membawa apa-apa makna.
Jika dibiarkan, ia akan berlangsung tanpa penghujungnya,” katanya sambil
membetulkan kopiah usang di kepalanya.
“Atuk masa ingat lagi pada tahun 1930-an orang Melayu hidup
menderita. Nak makan susah, nak pakai pun susah, hidup dalam ketakutan di tanah
air sendiri dan terpaksa berpindah dari satu kampung ke kampung lain bagi
menyelamatkan nyawa masing-masing dengan berjalan kaki dengan makan beralaskan
ubi kayu,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan