Tuesday, December 09, 2025

Tun M Makan Ubat RM5,000 Sehari Untuk Tenaga?

May 4, 2018
2 mins read

RATA-RATA insan biasa macam kita ini akan mudah merasa letih
terutama apabila kerja dalam tempoh yang lama.
Sebagai contoh kerja melebih 12 jam sehari selama tiga atau
empat hari berturut-turut, bagi sesetengah orang pada hari keempat badan dan
minda kita akan mula penat.
Begitu juga jika kita terpaksa travel dengan kenderaan yang
jaraknya jauh dan selepas itu terpaksa melalui jadual aktiviti yang padat.
Apabila badan kita letih maka ia akan mempengaruhi
kesihatan. Terutama bagi golongan yang mudah mendapat migrain ataupun rasa
kurang bertenaga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jadi, bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dapat
mengekalkan stamina tatkala mengharungi jadual yang padat terutama ketika
tempoh berkempen pada PRU14 ini?
Mengimbas kembali soalan seorang wanita kepada Tun M di
sebuah pasar raya seperti yang diceritakan dalam Memoir Doktor Umum.
Wanita berkenaan bertanya adakah benar Tun M makan ubat
berharga RM5,000 sehari untuk kekal bertenaga dan awet muda. Kata Tun M dalam
buku berkenaan, ramai juga yang pergi ke farmasi di mana beliau membeli vitamin
untuk mengetahui suplemen yang diambilnya.
Menurut Tun M, tidak wujud ramuan khas untuk bertenaga,
beliau mengamalkan beberapa petua kesihatan yang mudah tetapi sukar untuk
dilakukan.
Kata pemimpin berusia 92 tahun itu, beliau konsisten amalan
makan secara sederhana, senaman ringkas, menunggang kuda, tidur enam jam waktu
malam dan 15 minit waktu siang serta tabiat berjalan seperti orang berkawad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Seorang individu yang rapat dengan Tun M – Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahaya berkata, sepanjang bersama dan
mengiringi Tun M ke setiap program, tenaga dan kesihatan bekas Perdana Menteri
itu cukup luar biasa.
“Saya tengok kalau Tun M naik dan turun tangga pentas
ceramah memang steady, tak macam orang umur 92 tahun.
“Berdiri dan berucap berjam-jam dengan tegas dan lancar.
Boleh ikut program dari pagi sampai malam untuk kempen dengan penuh semangat
walaupun sebelum ini beberapa kali jalani pembedahan jantung,”katanya.
Kata beliau, semua itu anugerah ALLAH dan rakyat negara ini
cukup bertuah mempunyai seorang pejuang yang mempunyai semangat luar biasa
untuk menyelamatkan Malaysia.
“Mempersendakan kesihatan Tun adalah tidak wajar kerana ajal
dan maut di tangan Maha Pencipta. Kadangkala yang muda dan sihat walafiat lebih
awal mati,”katanya.
Semalam, ketika berceramah di kawasan lapang berhampiran
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Tun M berucap hampir sejam di
hadapan ribuan penyokong Pakatan Harapan.
Walaupun sebelum itu beliau mengharungi jadual yang padat
dengan program di Pekan, Pahang dan kemudiannya ceramah di PPR Kerinchi Pantai
Dalam, Tun M masih berkobar-kobar untuk berucap.
Namun, ketika berdiri di atas pentas sementara menanti calon
Harapan bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat habis
berucap, Tun M batuk dan kelihatan agak keletihan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tun M juga batuk ketika berucap namun tidak menghalang
beliau untuk menghentikan ceramahnya. Sorakan penyokong Harapan dengan laungan
‘Hidup Tun!’ juga seperti memberi suntikan semangat kepada Tun M untuk terus
berdiri dan berucap.
Datin Paduka Marina Mahathir ketika diajukan soalan mengenai
kesihatan bapanya berkata, walaupun kadang-kadang batuk ketika berucap, ayahnya
amat sihat.
“Tapi kalau melihat jadual kempen beliau yang amat
ketat-Desa Pandan, Kuantan, KL/Putrajaya, Melaka, Alor Setar, Kota Bharu, dan
banyak lagi, siapa yang tak letih?
“Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, beliau terpaksa
menjelajah ke seluruh negara, bukan kawasannya sahaja.
“…Dan berucap berulang kali, berjumpa beribu orang,
tidur lambat, bangun awal setiap hari, siapa tak sakit. Hujan lagi! Saya
sendiri berucap di ceramah tiap-tiap malam pun, dah penat, apatah lagi ayah
saya yang berumur 92 tahun? Orang yang suka mengata tu patut cuba ikut, tahan
ke tidak?
Dan hari ini semasa sidang media bersama Ketua Pemuda
Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun M
mengakui kempen pada PRU14 ini menjejaskan kesihatannya.
Namun, sambil tersenyum Tun M berkata, batuknya akan
berhenti apabila berkempen ke seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,