Tuesday, December 09, 2025

PRU14: Anggota Keselamatan Tunai Tanggungjawab

May 5, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR – Pengundian awal hari ini bagi Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) melibatkan sejumlah 278,590 anggota keselamatan termasuk
pasangan mereka berjalan lancar di 586 pusat mengundi di seluruh negara setakat
10 pagi ini.


Ia berlangsung empat hari sebelum hari pengundian PRU14
iaitu 9 Mei. Parlimen dibubarkan 7 April lepas bagi memberi laluan kepada
pilihan raya umum berkenaan.
Anggota pasukan keselamatan merangkumi Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta
pasangan mereka dilihat berkumpul sejak awal pagi di pusat-pusat mengundi
sebelum pengundian bermula 8 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Di ibu negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengundi di Ibu
Pejabat PDRM Bukit Aman.
Antara pusat pengundian awal lain yang dibuka di sini ialah
di Kompleks Sukan, Hospital Tentera Tuanku Mizan; Kem Perdana Sungai Besi dan
Sekolah Kebangsaan Kementah, Jalan Padang Tembak.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed
Affandi Raja Mohamed Noor menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah
Kebangsaan Kementah.
Di PULAU PINANG, 31 pusat mengundi dibuka di seluruh negeri
bagi pengundian awal melibatkan 11,613 orang.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Md Fuad Mohd
Sherif berkata ia merangkumi 6,136 anggota polis dan pasangan serta 5,477
anggota tentera serta pasangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di KELANTAN, 41 pusat mengundi dibuka di seluruh negeri
termasuk lima kem tentera dan 36 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai-balai
polis.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jeli dan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, turut meninjau proses pengundian
awal di pusat pengundian Batalion Pertama Rejimen Sempadan Kem Batu 11, Tanah
Merah. – BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti