Tuesday, December 09, 2025

Britain kongsi gambar rasmi pertama Putera Louis

by
May 6, 2018
1 min read

LONDON: Keluarga diraja Britain hari ini berkongsi dua gambar rasmi pertama Putera Louis yang dilahir Ahad lalu.

Satu daripadanya menunjukkan beliau dipegang oleh kakaknya Puteri Charlotte, 3. Louis, pewaris kelima takhta Britain, dilahirkan pada 23 April lalu dengan berat 3.83 kilogram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Kedua-dua gambar itu diambil di Istana Kensington oleh ibunya Kate, isteri Putera William yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth.





Gambar pertama, yang menurut istana diambil 26 April lalu, menunjukkan Louis bersandar pada sebuah bantal putih, memakai ‘jumper’ putih dan seluar.


Gambar kedua yang diambil pada 2 Mei lalu ketika ulang tahun kelahiran ketiga Charlotte, menunjukkan puteri itu memegang adiknya yang sedang tidur dengan penuh kasih sayang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pegawai istana berkata, Louis tidak akan menyertai ahli keluarganya di majlis perkahwinan bapa saudaranya Putera Harry dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle pada 19 Mei ini. – Reuters


-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian