Categories: Berita Lain

Umno Tidak Boleh Ditegur



TAN Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Umno sebagai sebuah parti
yang tidak boleh ditegur.

Ini susulan tindakan parti itu mahu menyiasat tindakan
beliau mengkritik parti, selain telah menggugurkan keahlian Tan Sri Rafidah
Aziz dan Tun Daim Zainuddin.

Menurut Rais, beliau sememangnya terkejut dan langsung tidak
menjangkakan keputusan Umno tersebut hanya kerana membuat teguran kepada parti.
“Saya tidak menjangkakan apa-apa sebab dalam perlembagaan
Umno, memang dizahirkan untuk mewujudkan parti menggembelengkan maruah. Jadi saya
menegur sistem, bukan tegur individu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tegur SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), Jho Low supaya
parti lebih kuat. Rupa-rupanya tidak diterima baik dan saya terus dicantas,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Rais berkata, beliau selama ini memang dikenali sebagai
seorang yang ‘selalu bertindak atas perkara yang penting kepada perjuangan’.
“Saya fikir masyarakat di Malaysia memang faham saya
semenjak Semangat 46 lagi. Jadi sekarang dah keadaan begitu, saya fikirkanlah
sikit apa nak buat dan apa tindakan terbaik.
“Tindakan ini (pemecatan) juga memberi konfirmasi
kepada apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad sebut sejak kebelakangan ini tentang
masalah-masalah negara yang tidak mahu dibahas atau dicari penyelesaiannya,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Rais turut menjangkakan imej Umno yang tidak boleh ditegur
akan membawa padah buruk kepada Umno dan BN sekiranya tidak diubah segera.
“Saya berpendapat, Umno akan hilang tenaga fikirnya dan jadi
parti pak cokok. Ertinya ditindik hidung dan ditarik.
“Sekali setahun berpantun berseloka, bertepuk bergembira
tetapi resolusi tiada dan parti terus diterajui oleh sekumpulan yang tidak mahu
ditegur,” katanya.
Mengenai kesan pemecatan dua pemimpin tersebut kepada kempen
BN dan Umno, Rais berkata: “Saya fikir limpahan isu ini akan sampai tetapi
setakat mana ia mempengaruhi keputusan, itu sama-sama kita lihat dulu.”

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

2 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

7 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago