Categories: Berita Lain

Jangan Fitnah SPR, PDRM – TPM Zahid


BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas pada Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau menegaskan bahawa semua anggota dan pegawai SPR dan PDRM tahu dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk PRU14.
“Jangan membuat fitnah yang peti undi telah dibuka. Polis
dan SPR tahu peraturan bahawa peti undi tidak boleh dibuka (sehingga
berakhirnya tempoh pengundian).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia hanya boleh dibuka selepas pengundian pada 9 Mei nanti,”
katanya sambil menyangkal dakwaan calon
PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan
Melintang, G. Manivanan, berhubung pengundian awam itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian
semasa ditanya mengenai dakwaan Manivanan kononnya pengiraan pengundian awal Parlimen P.075 Bagan Datuk dilakukan
selepas berakhirnya tempoh mengundi itu Sabtu lepas.
“Dia (Manivanan) sengaja buat onah kerana dia mahu meraih
simpati,” katanya pada sidang media
selepas melancarkan “Program Back2School: Pelestarian Kebun” di Sekolah
Kebangsaan Sungai Nipah di sini.
Ahmad Zahid juga menempelak tindakan Manivanan yang mendakwa
timbalan perdana menteri mendapat sambutan yang baik ketika keretanya masuk ke
balai polis


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kononnya saya yang mengarahkan…saya tidak berada di balai polis seperti
didakwanya. Saya berada di tempat lain. Jangan cuba buat fitnah dalam perkara
ini. Kita tunggu siasatan,” katanya.
Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada Manivanan agar tidak
memecahbelahkan masyarakat Bagan Datuk dengan melempar fitnah dan tohmahan.
“Jangan buat kerenah dan onah. Jangan rosakkan dan
memecahbelahkan masyarakat di Bagan Datuk,” katanya.
Ahmad Zahid juga menyaran mereka yang mahu berkempen di
kawasan Bagan Datuk agar menghormati budaya dan tata etika yang diamalkan di
sini.
“Kalau mahu berkempen, berkempenlah dengan cara baik. Orang
Bagan Datuk akan menolak orang yang membuat fitnah macam ini,” kata Ahmad
Zahid yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU14.
Beliau akan dicabar
calon PKR Datuk Pakhrurrazi Ar­shad dan
calon PAS Datuk Ata Abdul Muneim Hasan
Adli.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago