Friday, December 05, 2025

Memilih Parti Pembangkang Sia-Sia – Najib

May 7, 2018
2 mins read

BEAUFORT – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat,
khususnya di Sabah, supaya menolak parti pembangkang kerana dengan memilih
parti yang ditubuh untuk cita-cita peribadi adalah sia-sia.

Sebaliknya, kata perdana menteri, rakyat perlu terus memberi
mandat kepada Barisan Nasional (BN) kerana perjuangannya jelas demi kepentingan
rakyat.
Parti pembangkang yang kini di pimpin Tun Dr Mahathir
Mohamad yang selama 22 tahun menjadi perdana menteri, tidak perlu dipilih
rakyat kerana selain beliau pemimpin kitar semula, beliau juga tidak banyak
berjasa kepada rakyat Sabah sepanjang menjadi perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat apa kita nak orang pencen (Dr Mahathir). Orang pencen
tidak lagi sayang kepada orang Sabah. Dalam kempen 11 hari ini, dia tidak
datang ke Sabah. Kenapa dia tidak datang ke Sabah? Sebab dia tidak banyak
berjasa kepada orang Sabah.
“Orang Sabah masih ingat lagi. Orang Sabah tidak mudah lupa.
Yang mudah lupa dia. Tetapi orang Sabah masih ingat lagi. Siapa yang sayang
kepada Sabah Najib Razak atau Dr Mahathir?,” tanya perdana menteri yang dijawab
secara bergemuruh oleh hadirin – ‘Najib’.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama
Rakyat di Dataran Bagandang, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
yang juga calon kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, calon BN kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Isnin Aliasni dan Datuk Limus Juri
calon BN DUN Kuala Penyu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Najib yang juga Presiden UMNO, rakyat juga tidak
perlu memilih parti simbol kapal layar (Parti Warisan Sabah) kerana untuk
melayari lautan samudera yang bergelora, rakyat perlukan kapal besar dan moden.
“Satu lagi, parti kapal layar. Zaman sekarang kita tidak
main kapal layar. Kita nak belayar lautan samudera, kita nak kapal moden. Kapal
layari ni kecil. Main di tepi pantai sahaja. Kita ini parti yang besar. Parti
dari Perlis hingga ke Sabah.
“Saya nak tanya tuan-tuan, kalau nak belayar lautan
samudera, kita pilih kapal layar atau mahu pilih kapal besar, moden dan penuh
dengan kekuatan?” Soal Najib dan dijawab ‘Barisan’ oleh hadirin.
Najib mengulangi komitmennya untuk membangunkan Sabah yang
diabaikan “oleh bekas perdana menteri yang berkuasa selama 22 tahun.”
Katanya ketika perdana menteri berkenaan berkuasa, cadangan
membina Lebuh Raya Pan Borneo ditolak namun projek itu diluluskan pada zaman
beliau (Najib) malah Lebuh Raya Pan Borneo tidak bertol berbanding lebuh raya
paling banyak tol pada zaman bekas perdana menteri itu.
Najib juga mengingatkan rakyat agar berwaspada dan tidak
percaya dengan berita palsu atau tidak benar yang banyak tersebar kebelakangan
ini untuk memburuk-burukkan kerajaan termasuk kononnya kerajaan sekarang
bankrap.
“Jangan dengar berita palsu kerana banyak berita palsu
sekarang yang tersebar luas kononnya negara kita ini bankrap. Itupun tidak
benar.
“Hutang negara kita cuma 50.8 peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Zaman orang yang pernah menjadi perdana
menteri selama 22 tahun pernah sampai 103 peratus daripada KDNK. Kenapa tak
persoalkan zaman dia. Kenapa berbohong sekarang ini?” soal beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana menteri berkata hutang negara Jepun ialah 235
peratus daripada KDNK negara itu, Singapura pula ialah 110 peratus daripada
KDNK negara berkenaan manakala United Kingdom pula ialah 85 peratus daripada
KDNKnya.
Sebab itu, kata Najib, Malaysia bukan negara gagal atau
bankrap kerana ekonomi negara ini berjaya diurus dengan baik oleh kerajaan BN.
Pada majlis berkenaan, Najib turut menyatakan ada peruntukan
RM15 juta untuk kawasan Parlimen Beaufort bagi pembinaan kemudahan-kemudahan
asas rakyat di daerah itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa