Friday, December 05, 2025

Seorang maut nahas lima kenderaan

by
May 7, 2018
1 min read



BATU PAHAT: Seorang wanita maut selepas terbabit dalam nahas membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 123.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Yong Peng ke Pagoh, jam 9.30 malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata mangsa Lim Siew Peng, 33, mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk akibat kemalangan itu.


Beliau berkata, kemalangan terjadi apabila kereta Proton Wira dipandu mangsa melanggar besi pembahagi sebelum terbabas ke tengah jalan lalu dirempuh kenderaan lain dari belakang.


“Sebuah bas tidak dapat mengelak ke kiri, dan terlanggar kereta mangsa. Pada masa yang sama, sebuah BMW merempuh kereta mangsa disusuli Perodua Myvi dan Toyota Camry. Bagaimanapun, pemandu kenderaan lain tidak cedera.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.13 malam dan sebuah jentera disertai lapan anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bergegas ke tempat kejadian.


-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan