Categories: Berita Lain

Ajar ibu mengucap di pusat mengundi



WANITA tidak sempat mengundi selepas dia meninggal ketika sedang beratur menunggu giliran di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, pagi ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Rokiah Sulong, 54, yang tinggal di Kampung Pelandang tiba-tiba rebah di pusat terbabit, 8.20 pagi.



Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nor, 36, berkata, dia membawa ibunya ke pusat mengundi, kira-kira 8 pagi.



Katanya, dia ketika itu beratur di saluran dua manakala ibunya itu beratur di saluran empat.



“Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka itu ibu saya, sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Saya bergegas ke saluran ibu dan mendapati ibu ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.



Advertisement



Menurutnya, ibunya itu beberapa kali menarik dan menghembuskan nafas sebelum memejamkan matanya.



“Pegawai Perubatan yang tiba mengesahkan ibu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke rumah untuk urusan pengebumian.



Ibunya itu memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa berjumpa doktor tiga bulan sekali,” katanya.



Katanya, sebelum ke tempat mengundi, ibunya itu sempat makan ubat dan arwah sangat gembira dan tidak sabar untuk mengundi.



Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun,Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



-mymetro

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago